web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahyul Hang Nadim Dan Kisah Politik Malaysia

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 11:45AM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cerita dongeng paling tahyul pernah saya dengar ialah Singapura dilanggar todak. Sehingga kini tiada siapa mampu terangkan mengapa rakyat dikerah menahan ikan melompat dengan betis di kaki air. Kenapa tidak duduk saja di darat? Mengapa tahan guna betis? Mengapa ikan todak ni melompat rendah sangat?

Tapi cerita ini terus turun bertukar generasi hingga kini walaupun tiada lagi raja di Singapura. Apa yang tinggal ialah sifat membenci orang cerdik seperti Hang Nadim yang akhirnya mati dibunuh. 

Minggu lepas kita saksikan sekali lagi sejarah ini berulang; tragedi bertukar menjadi komedi ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia memilih untuk melantik Ismail Sabri ketimbang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Seperti biasa, puja dan puji menyusul untuk membina kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PM baharu kita.

Ketika media antarabangsa tertanya-tanya siapa Ismail Sabri, media tempatan hanya mampu memberi reviu dari keluarga beliau dan kelulusan beliau; ijazah Undang-undang dari Universiti Malaya.

Ini jauh berbeza berbanding Anwar Ibrahim yang telah berkali-kali berdiri di pentas dunia, mempunyai jaringan antarabangsa yang luas, dan pernah mengajar di universiti terkemuka dunia. Jauh. Sungguh jauh potensi dan upaya berbanding PM yang dilantik majoriti ahli Parlimen kita.

Mungkin kerana ini cerita Hang Nadim akan kekal diulang cerita dalam kehidupan bangsa kita; bukan kerana dongengannya luar biasa tapi kerana realiti pentingkan diri sehingga tidak lagi mampu menilai mana satu kaca dan mana satu bijaksana. Seperti mana tahyulnya cerita todak, kita takkan dapat mencari penjelasan logik mengapa dipilih Ismail Sabri dan bukan Anwar Ibrahim jika benar serius mahu pulihkan ekonomi dan selamatkan negara.

Masa sekali lagi akan menentukan adakah episod politik ini akan masuk genre komedi atau tragedi. Jika komedi, siapa yang ada hati untuk ketawa? - Getaran, 26 Ogos 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicauan di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Politik 2 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

Kolum 4 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga