web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pondok Rezeki SK Tanah Putih Bantu Keluarga Pelajar Terjejas

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 4:22PM

Guru Besar SK Tanah Putih, Kuantan, Hamdan Salleh (kanan) menyerahkan sumbangan Pondok Rezeki kepada wakil keluarga pelajar sekolah berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Walaupun sesi persekolahan secara bersemuka belum dapat dilaksanakan, namun ia tidak menghalang warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Putih, dekat sini, untuk terus berbakti kepada pelajar sekolah berkenaan.

Mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan, guru besar SK Tanah Putih, Hamdan Salleh bersama kakitangan akademik dan sokongan sekolah itu memperkenalkan program Pondok Rezeki bagi membantu keluarga pelajar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Hamdan, inisiatif berkenaan lahir secara spontan, didorong atas rasa ihsan dan tanggungjawab mereka membantu pelajar berkenaan, yang berdepan pelbagai kesukaran.

“Dana untuk menjayakan program ini adalah inisiatif guru dan kakitangan sokongan, yang bersama-sama mengumpul maklumat pelajar bermasalah kewangan atau terputus bekalan makanan serta memerlukan bantuan segera.

“Ia mudah dilakukan kerana guru kelas masing-masing sememangnya mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan. Untuk pusingan pertama pengagihan, kita dapat mengumpul sejumlah dana bagi membantu 40 keluarga pelajar, dengan majoritinya adalah dari kumpulan B40,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

“Usaha pihak SK Tanah Putih ini memang dapat membantu kami kerana kami tidak dapat keluar (bekerja) dan bekalan makanan di rumah juga semakin berkurangan.”

Hamdan berkata, beliau amat berharap lebih banyak keluarga pelajar sekolah itu dapat dibantu dan mengalu-alukan sumbangan atau tajaan pihak korporat serta perseorangan yang ingin menyertai program Pondok Rezeki itu.

“Kalau boleh, memang kita nak bantu lebih ramai lagi keluarga pelajar, tapi buat masa ini, dana dimiliki agak terhad dan kita dahulukan (bantuan) kepada mereka yang benar-benar terkesan, terutamanya keluarga pelajar dengan bilangan ahli keluarga yang ramai.

“Selain sumbangan barangan keperluan asas, kita juga menyediakan bantuan tambahan seperti susu bayi dan lampin pakai buang, bergantung kepada permintaan mereka,” katanya.

Seorang penerima bantuan, Nor Natasya Abdullah, 44, menyifatkan sumbangan itu sangat tepat pada masanya memandangkan banyak keluarga berdepan masalah kewangan selepas tidak boleh keluar bekerja seperti biasa, berikutan penguatkuasaan PKP 3.0 dan PKP Diperketatkan (PKPD) di bandar raya Kuantan, ketika ini.

“Usaha pihak SK Tanah Putih ini memang dapat membantu kami kerana sekarang, memang kami tidak dapat keluar (bekerja) dan bekalan makanan di rumah juga semakin berkurangan.

“Sudah tentu ia (sumbangan) dapat sedikit-sebanyak meringankan beban kami dan saya sangat berterima kasih kepada semua guru kerana mengambil berat keadaan keluarga pelajar mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, N Kannmalnayaran, 48, mengakui sangat tersentuh dengan keprihatinan pihak sekolah, yang berusaha membantu ibu bapa berdepan masalah mendapatkan sumber makanan.

“Dengan bantuan ini, bekalan makanan di rumah pun kembali bertambah dan ia sangat diperlukan memandangkan anak-anak terpaksa duduk di rumah sepanjang PKP ini.

“Terima kasih pihak sekolah kerana sudi membantu, memandangkan suami saya lumpuh selepas kemalangan beberapa tahun lalu dan hanya seorang anak sahaja yang bekerja dalam keluarga kami,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin