web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedih Jiran Tinggal RM30, Guru Tubuh Gerobok Rezeki

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 12:16PM

Nur Zuriyatie menubuhkan tabung Gerobok Rezeki buat jiran yang terkesan dengan COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan COVID-19 yang melanda seluruh negara sememangnya mengundang kerisauan dan kegusaran pelbagai pihak.

Walaupun masyarakat disarankan untuk kekal berada di rumah, namun ia bukan alasan untuk mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling atau jiran tetangga.

Dalam keadaan sejumlah besar warga kota hidup merantau dan jauh daripada keluarga, jiran tetangga adalah insan yang paling diharapkan sekiranya berlaku kecemasan.

Wakil penduduk di Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hill, Nur Zuriyatie Aziz, 40, berkata, dia pernah berdepan dengan jiran yang mengalami kesusahan dan kesempitan hidup, akibat terkesan dengan virus berasal dari Wuhan, China itu.

“Paling saya tidak boleh lupa apabila ada jiran yang tidak mempunyai wang simpanan langsung, dan terpaksa meminta bantuan untuk membeli barangan keperluan harian serta keperluan anak-anak.

“Dengan hanya RM30, mereka terpaksa berjuang meneruskan hidup, apabila si suami hilang pekerjaan dan isteri pula baru diterima bekerja, menyebabkan jiran kami ini datang kepada saya dan mengadu nasib,” katanya kepada Getaran.

Nur Zuriyatie yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn Dua berkata, dia dan beberapa lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) menubuhkan satu tabung dipanggil Gerobok Rezeki dan bantuan kecemasan kepada kejiranan yang terkesan.

“Tabung ini kami tubuhkan sejak tahun lalu ketika negara berdepan Perintah Kawasan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0). Ketika itu kami melihat ada beberapa jiran yang hilang sumber pendapatan akibat dibuang kerja dan perniagaan pula terpaksa ditutup. Justeru, saya bersama AJK yang lain turut sama membantu mereka yang terkesan.

“Ia digerakkan hasil sumbangan daripada orang ramai untuk dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Nur Zuriyatie menarik perhatian, usaha seperti ini secara tidak langsung memberi nafas lega kepada penduduk setempat kerana berpeluang mengadu masalah dan kesempitan hidup yang dilalui.

“Saya dapati kaedah ini dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti tekanan emosi, masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Dengar-dengarlah khabar jiran tetangga, mungkin ada dalam kalangan mereka yang mengalami kesakitan, hilang punca pendapatan ataupun terputus bekalan makanan. Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga,” ujarnya lagi.

Dalam situasi genting seperti ini, banyak gejala psikologi seperti tekanan perasaan dan kemurungan dialami rakyat, justeru jiran adalah antara individu terdekat sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau keluarga.

Semakin kerap kita membantu jiran tetangga, semakin kukuh ikatan dan hubungan kejiranan.

Amalan bertegur sapa perlu dibudayakan kembali dalam kehidupan berjiran agar dapat membentuk hubungan akrab sesama sendiri. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa