web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:40PM

Tandas pintar berkenaan dilengkapi mesin pengimbas untuk memungut data murid yang menggunakannya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Hitam di Chemor dekat sini mengambil inisiatif mewujudkan 'tandas pintar' susulan pelaksanaan projek penyelenggaraan tandas sekolah oleh kerajaan.

Guru Besar sekolah berkenaan, Aslinda Saari, berkata dua tandas di sekolah itu yang telah diselenggara menerusi peruntukan RM70,000 daripada Kementerian Pendidikan dilengkapkan dengan mesin pengimbas pengecaman frekuensi radio (RFID), kamera litar tertutup (CCTV), pili inframerah dan televisyen.

Katanya, kelengkapan tandas berkenaan dibiayai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut yang bernilai kira-kira RM3,000.

"Mesin pengimbas RFID digunakan bagi mengutip data murid yang masuk ke tandas manakala pili inframerah membolehkan air keluar apabila tangan dihalakan di bawah pili dan ini dapat menjimatkan penggunaan air berbanding pili biasa," katanya ketika ditemui Bernama.

Aslinda berkata, CCTV pula antaranya bertujuan merakam kejadian tidak diingini seperti buli dan vandalisme sementara video mengenai kebersihan tandas ditayang di televisyen yang dipasang di tandas tersebut. 

Beliau turut berkongsi kejayaan sekolah itu sebelum ini yang berjaya menjadi johan 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan di peringkat negeri Perak dan peringkat kebangsaan pada 2017.

Selain itu, SK Tanah Hitam juga dipilih sebagai johan Pertandingan Tandas 1Malaysia Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) (2017) serta johan Tandas Terbersih KPKT peringkat kebangsaan (2019).

Dalam pada itu, murid tahun tiga Nur Mirza Zhafrisya Abdul Rahman, berkata dia berasa bangga dengan tandas sekolahnya yang moden, selesa dan cantik.

"Saya akan jaga tandas supaya bersih dan tidak rosak," katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM654.29 juta di bawah projek penyelenggaraan tandas melibatkan 8,354 sekolah dan institusi pendidikan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang