web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OKU Gigih Usahakan Perniagaan Santan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 4:09PM

Mohd Firdaus Ismail mula mengusahakan perniagaan santan selepas berdepan dengan masalah kekurangan bekalan pada 2020 ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kesukaran mendapatkan bekalan santan untuk persiapan Aidilfitri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, mendorong Mohd Firdaus Ismail, 40, yang juga orang kurang upaya (OKU) mengusahakan perniagaan Santan M'darat sejak tiga tahun lepas.

"Pada waktu itu saya memerlukan lebih 40 kilogram (kg) untuk penyediaan lemang dan rendang namun yang dapat hanya kira-kira 20 kg sahaja.

"Daripada situ, timbul inisiatif untuk memulakan perniagaan ini. Jadi dengan kawasan yang ada di kediaman saya ditambah sokongan keluarga dan rakan-rakan memberi suntikan semangat kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Sungai Rokam di sini, hari ini. 

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, modal sekitar RM30,000 diperuntukkan untuk membeli sebuah mesin perah santan, mesin parut kelapa serta perkakas lain bagi menjalankan perniagaan tersebut.

"Selain kelengkapan, wang berkenaan juga saya gunakan untuk membeli buah kelapa secara pukal daripada peraih dari Bagan Datuk dan Sungai Siput," katanya.

Kehilangan tangan kiri akibat kemalangan pada 2006, beliau memberitahu amat bersyukur kerana isteri Nurul Artikah Mohamad Ali, 39, serta anak kedua mereka Muhammad Hariz Mohd Firdaus, 13, banyak membantu urusan perniagaan tersebut.

"Isteri dan anak merupakan tulang belakang saya. Setiap hari, kedua-dua mereka akan membantu sama ada daripada proses memerah santan, memarut kelapa serta pembungkusan," katanya. 

Menurutnya, permintaan santan menjelang musim perayaan ini meningkat sekali ganda berbanding kebiasaan dan rata-rata pelanggan dalam kalangan masyarakat sekitar serta rakan-rakan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

"Kalau hari biasa, saya boleh jual kira-kira 50 hingga 60kg sehari tetapi apabila masuk pertengahan Ramadan hingga ke perayaan Aidilfitri, jumlah itu akan meningkat dalam anggaran 100 hingga 150 kg sehari.

"Harga jualan yang ditawarkan bagi santan biasa RM8 per kg,santan pekat RM18 per kg serta RM8 per kg bagi kelapa parut," katanya yang menitikberatkan kualiti dan kebersihan bagi memastikan perniagaan itu mampu bertahan dan maju. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang