Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anis Insaf Selepas Hilang Ayah Ketika Dipenjara Angkara Dadah

Terpilih terbabit dalam Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Aidilfitri, beri peluang untuk berubah dan kembali ke pangkuan keluarga

Kisah Kita Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:03PM

Anis (kiri) dikucup ibu yang menyambutnya pada Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di Penjara Pokok Sena, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Sebaik selesai menunaikan solat Dhuha kelmarin, Anis (bukan nama sebenar), yang juga seorang banduan wanita di Penjara Pokok Sena, menerima khabar gembira menyatakan dia terpilih untuk terlibat dalam Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Aidilfitri.

Mengakui, sememangnya selama ini dia menaruh harapan supaya namanya terpilih untuk mengikuti program tersebut bagi membolehkannya bebas lebih awal berbanding tempoh hukuman penjara selama 12 bulan yang dijatuhkan terhadapnya.

Namun di sebalik kegembiraan itu, terdapat 'segumpal' penyesalan di hati dan mindanya terhadap segala tindakan bodohnya selama ini yang menyebabkan dia terkurung di tirai besi.

"Memang betul saya gembira kerana dibebaskan lebih awal, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri. Tetapi saya tetapi rasa ralat, kecewa dan menyesal kerana tidak dapat menatap wajah ayah buat kali terakhir apabila dia meninggal dunia Disember tahun lalu.

"Saya ditahan pada Ogos 2023 akibat kesalahan dadah, manakala ayah meninggal dunia pada 1 Disember 2023 akibat penyakit angin ahmar. Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat menziarah jenazah ayah.

"Kejadian itu benar-benar menginsafkan. Saya sudah enam kali ditahan akibat kesalahan dadah tetapi kali ini, tuhan memberi pengajaran melalui pemergian ayah menyebabkan saya benar-benar mahu berubah," katanya.

Anis adalah seorang daripada 102 banduan Penjara Pokok Sena yang dibebaskan menerusi PBSL sempena Aidilfitri 2024.

Kepulangan Anis disambut ibunya yang turut hadir ke pekarangan penjara bagi membawanya pulang ke rumah mereka di Kuala Nerang, pagi ini.

Det yang terpilih mengikuti program PBSL ketika ditemubual pemberita di Penjara Pokok Sena, hari ini.
Det yang terpilih mengikuti program PBSL ketika ditemubual pemberita di Penjara Pokok Sena, hari ini.

Mengulas lanjut Anis berkata, dia mula terlibat dengan dadah setelah 'dididik' suaminya yang dikahwini atas dasar cinta.

"Saya berkenalan dengan suami sejak berumur 13 tahun dan kami bernikah empat tahun kemudian. Selepas berkahwin, saya mengikutnya menjadi tokan dadah jenis heroin di sekitar Kuala Nerang.

"Walaupun menjual dadah, kami bukanlah kaya, sebaliknya wang yang ada hanya digunakan untuk makan dan minum. Akibat kesalahan itu, saya sudah enam kali ditahan pihak berkuasa. 

"Tangkapan sebelum ini tidak membuatkan saya insaf tetapi kali ini, saya benar-benar mahu berubah. Tuhan mengajar saya sesuatu melalui pemergian ayah dan kini saya mahu bersungguh-sungguh menjaga ibu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi banduan dikenali dengan nama Det (bukan nama sebenar), 42, mengakui betapa dirinya amat rindukan keluarga, terutamanya anak-anak yang kini berusia 20 dan 16 tahun. 

Namun, katanya, dia malu untuk kembali bertemu anak-anaknya apatah lagi setelah kedua-dua mereka tidak mahu bercakap dengannya ketika dia menghubungi bekas isterinya sebelum ini.

"Saya ibarat terbuang tetapi sedikit pun tak rasa nak salahkan mereka. Mungkin mereka kecewa kerana saya sudah tiga kali dipenjara.

"Kali ini selepas dibebaskan, saya mahu mencari kerja terlebih dulu sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

"Saya akan tinggal di rumah perantara terlebih dulu sebelum bertemu ibu dan ayah setelah mendapat pekerjaan," katanya. - Getaran 4 April 2024

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 4 jam yang lalu

Ipoh White Coffee, Antara Kopi Terbaik Dunia