Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sanggup Berhabis Hampir Setengah Juta Demi RX-Z

Wan Noor Azmirulllah Wan Noor Abidin menganggap ia bukan sekadar minat, sebaliknya satu bentuk pelaburan apabila koleksi motosikalnya berjaya merangkul pelbagai anugerah yang membawa pulangan hadiah ribuan ringgit

Kisah Kita Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Mar 2024 4:05PM

Wan Noor Azmirulllah Wan Noor Abidin bersama salah sebuah motosikal Yamaha RX-Z miliknya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lelaki ini sanggup menghabiskan hampir setengah juta ringgit hanya semata-mata untuk memenuhi impian serta minatnya kepada Yamaha RX-Z dan dia memiliki kesemua edisi motosikal legenda era 80-an itu yang kini menjadi buruan dalam kalangan peminat motor.

Tidak kiralah keluaran tahun 1980-an dengan hanya transmisi lima kelajuan hinggalah dinaik taraf oleh Yamaha kepada transmisi enam kelajuan pada 1990-an, Wan Noor Azmirulllah Wan Noor Abidin, 35, memiliki semuanya, malah beberapa model motosikal itu lebih daripada satu berada dalam simpanannya.

Maka, tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu menjadi tumpuan peminat motor yang kembali mencari motosikal berkuasa 135cc itu, selain boleh dianggap sebagai muzium mini RXZ apabila turut menerima kedatangan mereka yang ingin mengenali kenderaan tersebut.

"Saya ada lebih 25 buah Yamaha RX-Z sama ada edisi Boss mahupun Catalyzer yang popular ketika ini dan model yang sukar diperoleh iaitu Millenium.

"Saya mula mencari dan mengumpul kesemua edisi ini pada 2013 apabila melihat ia menjadi buruan ramai selepas Yamaha menghentikan pengeluarannya pada 2010.

"Motor itu akan dicantikkan, diubah suai dengan menambah kelajuan pada spesifikasi tertentu, sistem brek serta ekzos dan kosnya untuk sebuah motosikal ada yang mencecah lebih RM40,000 kerana itu nilainya di pasaran lebih mahal daripada kenderaan baharu," kata mekanik ini kepada BERNAMA.

Bayangkan, harga sebuah RX-Z yang juga sinonim sebagai motosikal kapcai berkelas tinggi kerana hanya memiliki kuasa 135cc dengan sistem dua lejang yang buruk pun mampu mencecah RM10,000 hingga RM40,000!

Harganya juga boleh meningkat sehingga RM100,000 bagi kategori NOS atau stok lama yang baharu apabila kenderaan beroda dua itu diubah suai dan dicantikkan menggunakan alat ganti tulen yang kini sukar diperoleh di mana-mana bengkel atau kedai motor.

"la jadi mahal sebab motosikal ini sudah tidak lagi dikeluarkan dan alat ganti atau aksesorinya sukar didapati.

"Benarlah kata orang, hobi ini mahal tetapi saya kumpul dan ubah suai sikit-sikit ikut kemampuan, ada yang saya buat sendiri atau hantar ke bengkel di Klang untuk cantikkan.

"Mungkin ada yang menganggap kami ini pemboros tetapi sebenarnya ia adalah satu pelaburan juga apabila ada yang sanggup membeli dengan harga lebih mahal," katanya.

Biarpun mengetahui spesifikasi yang dibuat dan dicantikkan itu adalah salah serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa, Wan Noor Azmirulllah berkata, semuanya dilakukan demi kepuasan, selain aktif menyertai pelbagai program permotoran termasuk RX-Z Fighter Gathering Malaysia 2024 di sini baru-baru ini.

Percaturan beliau ternyata membuahkan hasil apabila koleksi motosikal yang dipertandingkan itu berjaya merangkul pelbagai anugerah dan memberi peluang untuk Wan Noor Azmirullah membawa pulang wang tunai ribuan ringgit, malah beliau turut didatangi pembeli yang berminat untuk mendapatkan koleksi motornya.

"Untuk program di Kuantan, saya tonjolkan RX-Z Catalyzer tahun 2009 yang telah diubah suai menggunakan alat ganti dan aksesori motosikal berkuasa tinggi kerana inginkan kelainan serta menampakkan ia lebih hebat dan garang.

"Motor ini saya tidak bawa atas jalan raya dan hanya untuk koleksi dan penyertaan dalam mana-mana program permotoran. Inipun dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda termasuk dari Terengganu ke Klang untuk proses mencantikkannya," kata beliau sambil menambah motosikal yang dipertandingkan itu sudah ada pembelinya. - BERNAMA

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 17 jam yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong