web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwah Rimba, Tuntut Kecekalan Hati Demi Syiar Islam

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 12:08PM

Ustaz Abd Halim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Orang Asli di Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tugas sebagai pendakwah bukan perkara mudah sekiranya ia tidak berbekalkan kekentalan hati, dan berpaksi kepada keinginan  untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dalam mengembangkan syiar Islam.

Ia sememangnya satu skop tugasan yang amat mencabar, apatah jika mereka perlu menjelajah jauh ke kawasan pedalaman, seperti perkampungan Orang Asli demi menyampaikan ajaran diperlukan.

Laluan penuh liku, meredah hutan belantara pastinya memerlukan kekuatan mental yang bukan sedikit, dan semua itu harus ditempuh demi sebuah tanggungjawab.

Kehadiran Ramadan juga begitu menguji, apabila semua aktiviti yang sudah disusun perlu dilaksanakan sebaik mungkin, walaupun ia bermakna, keluarga harus ditinggalkan.

Semua itu nyata bukan penghalang untuk kira-kira 100 pendakwah daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengerah keringat bagi mencurahkan ilmu mereka di 255 perkampungan Orang Asli di negeri ini sepanjang Ramadan lalu.

Tugasan mereka bukan saja untuk menyampaikan syiar Islam, tetapi menguruskan kehidupan Orang Asli yang dahagakan kehidupan mengikut landasan dan syariat agama.

Ustaz Abd Halim Abdul Latiff, 49, yang sudah berdakwah hampir 20 tahun berkata, isteri serta empat anaknya amat memahami tugasan sebagai pendakwah dan tidak pernah menghalang, malah mereka turut menyertai aktiviti dianjurkan di perkampungan Orang Asli jika ada perayaan tertentu.

“Isteri dan anak-anak mengikut saya ke perkampungan Orang Asli untuk berhari raya beberapa tahun lalu kerana saya tidak dapat pulang ke Gerik disebabkan tugasan sebagai pendakwah.

“Kami sudah menganggap penduduk Orang Asli sebagai keluarga. Disebabkan itu, kami menziarahi semua rumah pada hari raya kerana tidak mahu mengecewakan mereka,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, tugasan sebagai pendakwah bukan hanya berkisar kepada tugasan mengajar dari sudut agama tetapi menguruskan mereka sejak lahir hingga meninggal dunia.

“Kami tidak kisah walaupun terpaksa memasuki kawasan perkampungan itu setiap hari kerana jiwa kami sudah bersama mereka. Malah kami rasa puas apabila melihat masyarakat Orang Asli mampu menguasai ilmu agama.

“Kadang-ala orang luar menganggap tugasan kami sekadar menyampaikan ceramah serta menjadi imam sembahyang saja, mereka silap kerana kami menguruskan mereka sejak lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang