web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perbualan Bapa Pujuk Anak Botak Kerana Kanser Undang Sebak, ‘Marissa Kuat Kan?’

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 3:31PM

Alexandria Marissa Abdul Malik masih mampu tersenyum ceria meskipun sedang berperang dengan kanser yang cukup ganas - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR --   “Kalau botak lagi cantik kan?”

Soalan dilontarkan si kecil ini nyata mengundang sebak yang amat dahsyat.

Video dikongsikan oleh Nor Shakila Mohd Shoki, 31, di TikTok itu pantas mencuri perhatian netizen, khususnya selepas si kecil berkenaan, Alexandria Marissa Abdul Malik, 3, bersetuju untuk membotakkan kepala kerana terpaksa melalui prosedur rawatan bagi kanser darah yang dihidapi.

Menurut Shakila,  episod sedih yang menyelubungi keluarganya bermula apabila anaknya sering demam dan mengalami lebam tanpa diketahui punca, malah wajah Marissan juga sering dilihat pucat.

“Pada awalnya kami pelik kerana Marissa selalu demam. Dalam sebulan ada dua kali, dan suhunya pula sering agak tinggi,

“Oleh sebab itu, kami sekeluarga ambil keputusan untuk buat ujian di hospital atas nasihat doktor yang merawat Marissa,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

@shakilashoki

Alhamdullilah dapat pujuk Marissa utk botak. Mohon kawan2 doakan Marissa ya ???

♬ original sound - Mommy Shark

Langit seakan runtuh, dan pandangannya gelap seketika jelas Shakila, apabila pada 15 Jun lalu, mereka sekeluarga diberitahu mengenai keadaan sebenar Marissa.

“Marissa rupanya menghidap kanser darah atau lebih dikenali sebagai leukemia,” katanya.

Shakila yang menetap di Johor Bahru memberitahu, anaknya amat ceria, aktif dan suka bercakap, malah Marissa juga masih positif walaupun tahu tubuh kecilnya sedang diratah sel ganas kanser itu.

“Marissa tahu dia sakit. Pada mulanya dia selalu tanya kenapa kena pergi hospital (sebab) dia kata dia sihat. Tetapi, lama-kelamaan dia tahu yang dia sakit.

“Sungguhpun begitu, dia tetap bersemangat, Marissa siap beritahu nanti bila dah sihat nak pergi jalan-jalan,” katanya sebak.

Jelas Shakila, Marissa kini masih berada di hospital dan akan membotakkan kepalanya apabila dibenarkan pulang.

“Dia masih ada rambut, cuma semakin menipis. Nanti lepas discharge baru kami akan bawa Marissa ke salun seperti permintaanya,” katanya.

Terkini, Shakila mula berkongsi mengenai penyakit Marissa di semua laman media sosial miliknya dan berharap ibu bapa di luar sana akan lebih prihatin dalam soal kesihatan anak-anak.

“Tak ramai yang tahu mengenai kanser yang boleh terjadi kepada anak-anak, jadi asbab penyakit Marissa, saya berniat untuk berkongsi sebanyak mana ilmu mengenai penyakit ini kepada orang ramai. Doakan Marissa sembuh seperti sedia kala ya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buatnya.

Video tersebut turut menjadi perhatian selebriti dan pengacara, Sherry Al Hadad yang menitipkan doa agar anak kecil itu segera sembuh.

Sehingga kini, video berdurasi 44 saat itu sudah ditonton lebih sejuta netizen dan menerima lebih 100,000 tanda suka. - Getaran, 19 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan