web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bustana Kucing, Sinar Baharu Kucing Terbiar

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 9:54AM

Pengasas Bustana Kucing, Mohamad Taufiq Md Zin.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Dalam puluhan kucing yang ditempatkan di wad sakit sebuah pusat perlindungan kucing di sini, ada seekor yang jelas kelihatan terseksa dan menderita.

Matanya layu kelesuan, bulu yang sepatutnya kelabu kini kekuningan dan tidak terurus, badannya pula kurus kering manakala kedua-dua kaki penuh dengan kudis dan luka besar yang masih basah.

“Kucing itu dijangkiti penyakit hawar kucing, sudah masuk tahap ketiga,” ujar pengasas Bustana Kucing, Mohamad Taufiq Md Zin, 55, ketika membawa kru Getaran melawat pusat perlindungan itu.

Hawar Kucing atau Feline Sporovirus (Sporo) adalah penyakit yang berpunca dari fungus yang berada dalam spora kulat dan cendawan, jelas Taufiq.

Salah seekor kucing yang dijangkiti penyakit hawar kucing.
Salah seekor kucing yang dijangkiti penyakit hawar kucing.

Ia melemahkan sistem imuniti dengan membunuh sel darah putih.

“Buat masa ini tiada lagi ubat khusus untuk merawat Parvo.  Semua bergantung kepada imuniti kucing yang dijangkiti.

“Sebab itu kami hanya boleh rawat luka dan suntik immunity booster (penggalak imuniti). Jika dibiar melarat, virus ini akan menyerang kelenjar pituitari dalam otak.

“Bila ia berjangkit kebahagian otak, kucing-kucing berkenaan memang akan mati,” kata Taufiq yang dahulunya berkerja sebagai kontraktor binaan.

“Kami di Bustana Kucing tidak percaya dengan pendekatan put-to-sleep (Euthanasia).” 

Bustana Kucing adalah satu-satunya pusat menyelamat dan perlindungan kucing di Perlis yang mula beroperasi pada tahun 2015, diilhamkan oleh Taufiq dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, Norsiake Kassim.

Pusat perlindungan kucing ini bertempat di dalam Taman Ular Reptilia Batu Pahat dan dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan orang awam.

Menurut Taufiq, pusat ini menerima semua jenis kucing termasuk yang sudah tidak mahu dibela, kucing jalanan yang diselamatkan oleh orang awam, mahupun yang ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

“Selain dari sangkar utama yang berkeluasan 50 meter kali 15 meter, Bustana Kucing juga ada satu wad khas untuk ibu dan anak serta wad sakit untuk merawat kucing-kucing yang berpenyakit.

“Setiap hujung minggu ada seorang doktor veterinar dari Jitra akan datang untuk melatih saya dan semua petugas untuk merawat kucing.

“Alhamdulillah, kini kesemua 13 pekerja Bustana Kucing sudah boleh merawat kucing secara serdahana,” kata Taufiq.

Pekerja Bustana Kucing sedang mengeringkan sangkar utama pusat haiwan tersebut yang dicuci sebanyak tiga kali setiap hari.
Pekerja Bustana Kucing sedang mengeringkan sangkar utama pusat haiwan tersebut yang dicuci sebanyak tiga kali setiap hari.

Wad ibu anak Bustana Kucing tidak ketinggalan menyimpan kes yang menyayat hati.

Ada dua ekor anak kucing berada dalam keadaan parah, dengan seekor mengalami ketumbuhan pada sebelah mata, manakala seekor lagi buta sepenuhnya akibat luka yang dibiarkan melarat oleh bekas pemilik.

“Kami di Bustana Kucing tidak percaya dengan pendekatan put-to-sleep (Euthanasia). Kami akan berusaha untuk merawat haiwan ini sehinggalah tiada pilihan lain.

“Kami percaya kucing wajar diberi peluang kedua untuk hidup, meskipun pada akhirnya ia tidak menjadi pilihan untuk dibawa pulang,” ujar Taufiq.

Buat masa ini, katanya, beliau tidak risau tentang isu kapasiti di Bustana Kucing kerana pusat perlindungan haiwan tersebut mampu menempatkan seramai 2,000 ekor kucing.

Kuching di pusat perlindungan ini boleh di bawa pulang tanpa bayaran, tetapi pihak pengurusan akan menilai jika pemilik baharu sesuai membawa haiwan itu pulang.
Kuching di pusat perlindungan ini boleh di bawa pulang tanpa bayaran, tetapi pihak pengurusan akan menilai jika pemilik baharu sesuai membawa haiwan itu pulang.

“Sekarang ini, kami ada kira-kira 1,300 ekor dalam sangkar utama dan keadaannya masih selesa. Kami menggunakan ruang dalam sangkar dengan sepenuhnya dengan memasang para kayu dan papan bim.

“Kerisauan tu memang ada tapi sangat sedikit. Setiap hari ada kucing yang mati secara semula jadi, bohonglah kalau saya cakap tidak ada kucing yang mati di sini. Kadang-kadang ada enam hingga sembilan ekor.

“Malah, kami juga menggalakan orang awam untuk datang dan mengambil kucing-kucing di sini. Tiada bayaran akan dikenakan jika mereka berbuat demikian,” kata Taufiq.

Walaupun beliau menggalakkan orang ramai untuk membela kucing, Taufiq turut menasihati para pencinta haiwan comel ini untuk menjadi pembela yang bertanggungjawab.

“Jadi pembela, bukannya penternak. Kucing ini nak dimakan tak boleh, nak dijual pun tak boleh. Kucing ini untuk menemani kita.

“Ada orang tak sampai hati nak mandulkan kucing mereka, tapi bila ia dah membiak terlalu banyak akhirnya haiwan tersebut dibuang di jalanan dan pasar-pasar,” kata Taufiq. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ni Baru Betul Majikan, Kasi Buai Satu Kali!

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin