web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OKU Lumpuh Gigih Hasil Produk Kraf Kulit Sebagai Sumber Rezeki

Jaafar memulakan penghasilan produk kulit pada 2010, bermodalkan RM450 bagi membeli barangan asas pembuatan kraf.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 8:05AM

Jaafar Athan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Kegigihan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya sejak 30 tahun lepas menghasilkan produk kraf berasaskan kulit sebagai sumber rezeki, perlu dijadikan contoh kerana kini perniagaannya di Felda Tenang di sini, mendapat sambutan ramai.

Jaafar Athan, 55, yang memulakan penghasilan produk kulit pada 2010, bermodalkan RM450 bagi membeli barangan asas pembuatan kraf itu berkata antara barangan telah dihasilkan termasuk tali pinggang, dompet, beg dan pemegang kad sehingga mampu menjana pendapatan lebih RM2,000 setiap bulan.

"Hampir dua tahun saya buntu apabila disahkan lumpuh selepas kemalangan pada 1993, kemudian saya memulakan aktiviti tanaman lada, namun saya terpaksa berhenti menanam lada kerana kesukaran untuk bergerak bagi menguruskan tanaman tersebut memandangkan saya hanya berkerusi roda.

"Atas nasihat rakan-rakan, mereka menggalakkan saya bekerja secara indoor. Sebab itulah saya menceburi bidang kraf ini selepas mempelajarinya daripada rakan dan tutorial di YouTube," katanya ketika ditemui Bernama pada program Majestic Johor Durian Retreat Bersama Media anjuran Tourism Johor di sini baru-baru ini.

Apabila perniagaan yang dibuat secara kecil-kecilan itu mendapat sambutan, dia nekad membuka sebuah galeri Kraf Kulit Jaafar Enterprise di Felda Tenang pada 2012 dan sejak itu galerinya sering menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya produk kraf yang dihasilkan adalah daripada pelbagai kulit haiwan antaranya lembu, kambing, kerbau dan kuda dengan setiap tempahan dibuat berdasarkan kreativiti sendiri, mengikut trend gaya selain memenuhi kehendak pelanggan.

Atas kecekalan dan usaha keras yang dilakukan sejak 13 tahun lepas itu, Jaafar berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk Tokoh OKU Peringkat Negeri Johor 2018 dan pemenang tempat ketiga Kategori Aneka Kraf dalam Pertandingan Seni Kreatif Jauhar Collection.

"Saya sangat berterima kasih kepada seluruh masyarakat khususnya di Felda Tenang dan Tourism Johor kerana turut menjadikan aktiviti pembuatan kraf kulit saya ini sebagai antara lokasi yang boleh dikunjungi apabila berkunjung ke daerah ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ