Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Bergelar OKU Bukan Penghalang Guru Terima Anugerah

Kisah Kita Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:05AM

Izyan Mardhiah Halmi dari Sekolah Kebangsaan Sijangkang Selangor, kategori Pentadbir Ahmad Shahir Mohd Hasan dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4) Kelantan dan Kategori Guru Sekolah Rendah/Menengah Mimi Norashikin Md Jaini dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor Negeri Sembilan bergambar kenangan bersama - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang buat Jasmi Md Tegol, 56, menabur bakti sebagai pendidik sekali gus dipilih menerima Anugerah Guru Berwibawa pada Majlis Anugerah Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam tadi.

Guru subjek Bahasa Melayu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Masjid Tanah, Alor Gajah berkata gelaran OKU yang diperoleh sejak berusia setahun setengah itu sebaliknya menjadi semangat untuknya hidup seperti manusia normal lain.

"Saya anggap kekurangan diri saya ini sebagai peluang dan bukannya rintangan untuk bergelar sebagai seorang pendidik dan anugerah yang saya terima hari ini juga atas kekurangan diri ini

Walaupun saya mempunyai masalah pada kaki kiri dan terpaksa bertongkat namun saya merupakan bekas atlet paralimpik negara dalam sukan badminton malah pernah bergelar Juara Kebangsaan, Dunia dan Asia," katanya yang juga Presiden Majlis Sukan dan Rekreasi OKU Malaysia.

Jasmi menerima anugerah berkenaan selain wang tunai sebanyak RM3,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata anugerah yang diterimanya itu membuktikan kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu berdikari dan mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup mereka sekali gus menangkis persepsi ramai bahawa golongan OKU adalah golongan yang suka “meminta-minta”.

Sementara itu, penerima Anugerah Guru Juara Digital kategori Sekolah Menengah dan Rendah, Mimi Norashikin Md Jani, 38, dari SMK Panchor, Negeri Sembilan berkata kejayaan yang diperolehnya akan mendorong lagi beliau membuka peluang dan ruang kepada pelajarnya mendalami dunia robotik.

Guru Reka Bentuk dan Teknologi itu berkata walaupun sekolah berkenaan merupakan sekolah kampung dan mempunyai akses digital yang sangat terhad namun, sebuah “Digital Maker Hub” Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)  berjaya diwujudkan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

"Saya dicalonkan menjadi juara kerana saya telah berjaya mewujudkan kumpulan robotik yang dikenali sebagai 'tech genius' sejak saya mula masuk ke sekolah berkenaan pada 2017.

Bermula dengan projek tersebut, banyak lagi pertandingan inovasi melibatkan kelestarian alam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang kumpulan kami menangi," katanya yang memenangi wang tunai, sijil penghargaan dan plak.

Anugerah bagi tokoh pendidik itu menampilkan empat kategori iaitu Anugerah Khas Pendidikan (enam penerima), Anugerah Guru Inovatif (enam penerima), Anugerah Guru Berwibawa (tujuh penerima) dan Anugerah Guru Ikon (sembilan penerima).

Turut disampaikan pada majlis berkenaan ialah Anugerah Khas Menteri Pendidikan: Sekolah Citra MADANI iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nagka, Perlis selain tiga Anugerah #GuruJuaraDigital. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 jam yang lalu

Pemuda OKU Bukti Mampu Jadi Jurugambar Walau Hidup Serba Kekurangan

2

Semasa 1 hari yang lalu

KPM, SPP Mula Usaha Proaktif Tangani Isu Lambakan Siswazah Perguruan - Fadhlina

3

Semasa 5 hari yang lalu

‘Terma Betul OKU Adalah Orang Kurang Upaya, Bukan Orang Kelainan Upaya…’ – Ras Adiba

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Masalah Internet Di 12 Sekolah Lembah Pantai Akan Diselesaikan - Fahmi

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 jam yang lalu

Pemuda OKU Bukti Mampu Jadi Jurugambar Walau Hidup Serba Kekurangan