web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


350 Keluarga Pelarian Afghanistan Terima Sumbangan Suspended Meals

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 6:25PM

Sukarelawan mengagihkan pek makanan dan barangan keperluan asas kepada pelarian Afghanistan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 350 keluarga pelarian Afghanistan menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan asas dalam misi Ramadhan Food Drive di sekitar Ampang, semalam.

Misi Food Drive ini merupakan salah satu inisiatif oleh Pertubuhan Bantuan Makanan Malaysia (Suspended Meal Association Malaysia) sejak 2017.

Ia menerima kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam yang menyediakan lebih 350 pek makanan sebagai juadah iftar untuk golongan berkenaan.

Pensyarah Kanan dari Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan UiTM Puncak Alam, Mohd Syaquif Yasin Kamaruddin berkata, sumbangan makanan yang diberi merupakan usaha penuh barisan pensyarah institusi berkenaan.

“Dana bagi inisiatif ini diwujudkan hasil kerjasama seluruh pensyarah UiTM Puncak Alam serta sebahagian daripada misi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan.

“Kolaborasi kami dengan Suspended Meal Association Malaysia ini adalah yang kedua selepas kali pertama berbuat demikian pada 2017 ketika membantu pelarian daripada Syria,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di program penyerahan sumbangan itu.

Tambah Mohd Syaquif, UiTM bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan memerlukan.

Turut hadir Dekan Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan UiTM Puncak Alam, Profesor Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah.

Dalam pada itu, pengasas Suspended Meal, Shafezah Abdul Wahab berkata, antara bantuan diberikan adalah barang keperluan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan makanan di dalam tin.

“Sebanyak RM14,000 berjaya dikumpul oleh Suspended Meal melalui kutipan dana untuk menyediakan 350 pek barangan keperluan bernilai RM80 setiap satu.

“Kami lebih menumpukan kepada sumbangan makanan dan barangan keperluan asas kerana ia adalah perkara penting yang diperlukan untuk kelangsungan hidup,” katanya. – Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi