Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19 Ubah Suasana Ramadan Dan Syawal di Singapura

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 4:50PM

Suasana lengang di sebuah pusat beli belah di Singapura akibat pandemik COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA – Saban tahun kedatangan Ramadan lazimnya disambut dengan penuh kegembiraan, lantaran bulan penuh mulia ini menghimpunkan sejuta keberkatan untuk seluruh umat Islam.

Di ceruk mana pun mereka berada, bulan penuh barokah ini tetap diraikan walau dalam keadaan serba sederhana.

Kedatangan pandemik COVID-19 yang menyerkup dunia sejak mula dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019 bagaimanapun merubah suasana itu, apabila kemeriahan Ramadan sedikit sebanyak bertukar hambar.

Penguatkuasaan pelbagai peraturan selaras prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan kerajaan seluruh dunia mengubah secara total sambutan Ramadan, khususnya sejak tahun lalu.

Ketika Malaysia mula berdepan gelombang keempat pandemik COVID-19, tetangga kita di Singapura sedikit sebanyak boleh menarik nafas lega kerana bilangan kes di republik berkenaan semakin berkurangan.

Ia membawa kepada sedikit kelonggaran terhadap beberapa peraturan, khususnya tatkala Ramadan hadir menjengah.

Pengasas MakcikAlertSG, Aldila Mustapha, 52 ketika dihubungi Getaran berkata, Ramadan tahun ini lebih bermakna berbanding pada 2020 apabila umat Islam negara itu kembali dibenarkan menunai solat Tarawih, atau melaksanakan ibadah sampingan lain seperti Qiyamullail.

Menurut beliau, pengagihan bubur yang merupakan juadah tradisi kegemaran ramai ketika Ramadan juga dibenarkan mengikut garis panduan keselamatan ditetapkan kerajaan.

“Bagaimanapun acara berbuka di masjid yang biasa dilakukan sebelum ini masih tidak dibenarkan malah slot untuk menunaikan solat, khususnya pada waktu Maghrib juga perlu ditempah.

“Walaupun tidak dibenarkan berbuka di masjid, jemaah yang sudah menempah slot solat akan diberikan sebotol air dan kurma untuk berbuka puasa,” katanya.

Aldila yang mesra dipanggil Al berkata, kelonggaran diberikan kerajaan itu amat membuatkan mereka bersyukur kerana sekurang-kurangnya, kemeriahan Ramadan kembali terasa.

“Tak dapat saya bayangkan betapa sunyinya Ramadan apabila tidak berpeluang menunaikan solat Tarawih atau berqiyamullail di masjid.

“Tahun lalu, Ramadan bermula ketika Singapura masih dalam proses memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. Bukan hanya masjid ditutup, berbuka puasa di rumah anggota keluarga lain juga tidak dibenarkan,” katanya sedih, tatkala mengimbas kenangan itu.

Al menarik perhatian, mereka pada tahun ini dibenarkan berbuka puasa bersama anggota keluarga masing-masing, tetapi tidak melebihi lapan orang pada satu-satu masa.

Kebenaran itu jelasnya, sudah cukup membuatkan mereka bersyukur kerana semua menyedari, COVID-19 masih bermaharajalela.

“Walaupun masih ada lagi larangan, kami tetap berasa teramat syukur kerana pada tahun ini juga kita dibenarkan ke rumah keluarga untuk berbuka puasa. Ia sudah cukup membahagiakan,” katanya.

Ditanya mengenai SOP yang perlu diamalkan rakyat ketika membeli belah atau beribadat di masjid, Al berkata penularan virus maut itu membuatkan rakyat kini secara automatik lebih gemar membeli belah di dalam talian.

“Ada juga yang masih ke pusat beli belah atau pasar, tetapi semuanya mengikut SOP yang ketat.

“Di setiap pusat membeli-belah, kesemua pintu masuk dan keluar dikendalikan oleh pegawai yang akan memastikan semua pengunjung merakamkan kunjungan mereka melalui telefon bimbit mereka melalui aplikasi khas, dikenali sebagai TraceTogether App atau melalui token Trace Together,” katanya.

Pengunjung yang mencatatkan suhu badan melebihi biasa katanya, tidak akan dibenarkan masuk ke dalam premis.

“Jika dibenarkan masuk, mereka perlu mengulangi prosedur sama pada setiap kedai yang dikunjungi.

“Untuk slot beribadat di masjid pula, mereka perlu membuat tempahan melalui laman web dan tempahan ini tidak boleh dipindah milik,” jelasnya lagi.

Jemaah juga tambah Al, perlu membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah, telekung, beg kasut dan pelitup muka.

“Kita juga perlu membawa kad pengenalan / FIN atau lesen memandu bagi tujuan pengenalan dan digalakkan untuk mengambil wudhu’ di rumah, selain dilarang berbual kosong,” katanya.

SOP yang ketat itu bagaimanapun dilihat tidak menghalang rakyat tempatan menikmati juadah kegemaran masing-masing, walaupun tidak lagi dijual secara besar-besaran seperti sebelumnya.

Menurut Al, orang ramai masih berpeluang mendapatkan makanan diingini di semua kedai kopi yang berada di seluruh Singapura, bergantung kepada tempat tinggal masing-masing.

“Di Woodlands misalnya, ada mini-bazaar yang sedang berlangsung di Storhub malah kebelakangan ini, semakin ramai juga yang membuat tempahan makanan melalui tingkat meals,” katanya, tersenyum.

Al yang mengusahakan MakcikAlertSG bersama tiga adik perempuannya dan seorang lagi rakan wanita memberitahu, Aidilfitri tahun ini juga amat dinanti kerana kunjungan ke rumah keluarga sudah dibenarkan.

“Ini saya anggap sebagai satu perubahan positif terhadap usaha kerajaan menangani penyebaran COVID-19, walaupun ia sudah pasti berbeza dengan tradisi tahun sebelumnya.

“Sebelum ini, kita saling berkunjung dari pagi hingga ke larut malam tetapi pada 2021, kerajaan menetapkan bahawa setiap rumah hanya boleh menerima lapan tetamu pada satu-satu masa,” katanya.

Jumlan kunjungan juga jelas beliau, dihadkan kepada hanya dua setiap hari.

“Oleh kerana pada tahun lalu, kita tidak dibenarkan mengunjung sesiapa, satu-satunya yang paling saya nantikan adalah mengunjungi kediaman ibu bapa tahun ini,” katanya penuh harapan. – Getaran, 30 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 13 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian