web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelama Sungai, Ikan Kering 'Kayangan' Jadi Buruan Di Musim Tengkujuh

Rasanya yang unik dan enak menyebabkan ikan kering gelama sungai mempunyai penggemarnya tersendiri, jadi walaupun harganya dianggap ‘harga kayangan’ ikan kering tersebut tetap mendapat permintaan tinggi.

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 8:09AM

Harga ikan kering gelama bolehmencecah hingga RM100 sekilogram disebabkan rasanya yang enak dan sukar diperolehi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Setiap kali musim tengkujuh, Che Yah Che Lah, seorang peniaga ikan kering di Pasar Bandar Tasek Raja, di sini tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan khususnya terhadap ikan kering gelama sungai.

Che Yah, 77, atau mesra disapa Mok Yoh berkata disebabkan rasanya yang enak dan sukar diperoleh harga ikan kering tersebut mencecah hingga RM100 sekilogram (kg).

"Ada banyak jenis ikan gelama, tetapi ikan gelama sungai paling sukar diperoleh kerana ia hanya ada setahun sekali iaitu pada April. Ikan tersebut akan diproses menjadi ikan kering sebelum dijual pada musim tengkujuh dan kebanyakannya saya dapat daripada pembekal sekitar Kelantan.

"Rasanya yang unik dan enak menyebabkan ikan kering gelama sungai mempunyai penggemarnya tersendiri, jadi walaupun harganya dianggap ‘harga kayangan’ ikan kering tersebut tetap mendapat permintaan tinggi," katanya ketika ditemui Bernama di Pasar Bandar Tasek Raja, hari ini.

Menurut Mok Yoh, yang sudah berjualan selama 40 tahun, ikan kering gelama sungai memiliki isi yang lebih banyak dan saiznya lebih besar berbanding ikan kering lain.

Katanya rasa ikan kering gelama sungai juga berbeza daripada ikan gelama bekok (dibuat separuh kering dan basah) yang biasa terdapat di pasaran, kerana ia bukan saja segar dan kurang masin malah lebih enak terutama apabila dinikmati bersama nasi panas.

“Ikan kering gelama sungai ini ada tiga harga berbeza bagi berat sekilogram iaitu bermula RM50 hingga RM100," katanya yang turut menjual lebih 30 jenis ikan kering seperti ikan cencaru, seliat, kikik, jebedik, sepat lecek, bulu ayam, selain ikan pekasam dan ikan ‘jeruk’. - Bernama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan