Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nur Anis Puas Dapat Berbakti Menerusi Ava Project

Melalui NGO Ava Project yang ditubuhkan bersama dua lagi rakannya, Nur Anis telah berjaya menggerakkan misi kemanusiaan mereka melalui beberapa projek.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 7:52PM

Gambar ihsan Nur Anis Mastura Azri Iskandar

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja yang berbentuk kemanusiaan kerana ia melibatkan komitmen yang bukan sedikit beserta dengan kekuatan fizikal dan mental yang mencabar.

Bagi, Nur Anis Mastura Azri Iskandar, 27, pula, penglibatan di dalam program MyCorps di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Julai 2017 telah membuka matanya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemanusiaan serta berbakti kepada masyarakat. 

Bahkan, dia sudah mampu berbangga kerana berjaya mendaftarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) milik dia dan rakan-rakannya yang dikenali sebagai Ava Project pada Februari lalu. 

Nur Anis Mastura Azri Iskandar
Nur Anis Mastura Azri Iskandar

“Sewaktu menyertai program tersebut, saya dan beberapa orang rakan telah dihantar untuk menjalani misi kemanusiaan di beberapa buah negara yang sedang membangun. 

“Sebelum dihantar ke sana, kami perlu menjalani latihan di dalam negara terlebih dahulu selama sebulan. 

“Kemudian, barulah kami dihantar ke beberapa negara membangun ini. Ada yang dihantar ke negara Timur Tengah dan Timor Leste. Manakala, saya pula dihantar ke Sri Lanka,” katanya kepada Getaran.

Sebaik sahaja pulang dari Sri Lanka, Nur Anis dengan beberapa rakan lain bergabung dan merancang untuk merealiasikan sebuah projek kemanusian dan kemudian  menubuhkan Ava Project pada tahun 2020. Misi utama mereka adalah untuk membina projek masjid di salah satu negara Afrika. 

“Awalnya, negara yang kami sasarkan adalah Benin, Togo atau Burkina Faso. Malangnya, kami tak berjaya mencari rakan projek yang sesuai di negara-negara tersebut. 

“Akhirnya, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan seorang teman yang berasal dari negara Comoros. 

“Dia sudah menetap selama 10 tahun di Malaysia dan mengambil PhD di sini dan kebetulan pula, dia mahu pulang ke negaranya untuk berbakti kepada masyarakat dan negaranya. 

“Bersama NGO miliknya iaitu Foundation Ilias, kami kemudian merancangan untuk membina masjid dan sekolah di sana. 

“Tetapi disebabkan pandemik COVID-19, projek itu terpaksa ditangguhkan kerana sekatan perjalanan dan pihak yang ingin membiayai projek ini juga turut menarik diri apabila perniagaan mereka turut terjejas teruk,” katanya lagi. 

Sementara menunggu projek itu diteruskan semula dan mengumpul dana, Anis berkata, mereka mula menumpukan perhatian kepada projek kemanusiaan di dalam negara. 

“Kami mula menggerakkan projek Food Aid (MCO 1) dan dari situ kami mendapat pula geran untuk merealisasikan projek air di Sarawak. 

“Sepatutnya, projek di Comoros menjadi satu-satunya projek khas yang ingin kami realisasikan bersama sebelum kami mencari pekerjaan tetap yang lain. 

“Tapi, selepas terlibat dengan beberapa projek lain, kerja-kerja kemanusiaan ini secara tidak langsung telah menjadi pekerjaan sepenuh masa kami,” katanya. 

Sebaik sahaja projek air dapat diselesaikan dengan sepenuhnya pada tahun 2020, Anis bersama dua lagi rakannya iaitu Bazli Zhafri Azmil dan Zafirah Mahirah Zabi terlibat pula dengan projek Eco Interactive pada tahun lalu. 

“Projek ini adalah untuk membina perpustakaan di dalam kelas menggunakan kontena terpakai yang melibatkan sebuah sekolah berhampiran dengan kawasan di Gua Niah, Sarawak. 

“Hingga saat ini, projek ini masih berjalan kerana kami menghadapi masalah dengan harga barang yang naik. Bahkan, harga kontena juga turut naik sama. 

“Tapi, kita sudah pun mencari solusi untuk menyiapkan projek ini melalui perbincangan dengan orang kenamaan di sana,” katanya. 

Anis bersama Bazli Zhafri Azmil dan Zafirah Mahirah Sabi
Anis bersama Bazli Zhafri Azmil dan Zafirah Mahirah Sabi

Apa yang menarik, projek Eco Interactive yang dilaksanakan Anis bersama rakan-rakannya menerusi NGO mereka, Ava Project itu telah berjaya menarik minat dan perhatian sebuah syarikat pelabuhan di Tanjung Pelepas, Johor. 

“Mereka juga mahu mewujudkan projek yang sama di Semporna, Sabah. Malah, pihak Kedutaan Jerman di Malaysia juga turut menyatakan minat yang sama. Kami sedang menyiapkan kertas kerja untuk perbincangan selanjutnya,” katanya.

Bagi memastikan Ava Project dapat bertahan, Anis berkata, mereka turut menjual beberapa barangan atau merchandise melalui setiap projek yang diusahakan. 

“Nak bertahan memang susah kerana kami terpaksa mengharapkan geran atau dana daripada kerajaan serta wang tajaan daripada syarikat korporat. 

“Kami pun tidak sangka pada saat COVID-19 melanda bersama PKP, kami dapat bertahan juga untuk melakukan kerja-kerja kemanusiaan ini. Jauh di sudut hati, saya sendiri bangga dengan pencapaian kami sejauh ini,” katanya. 

Memiliki ijazah dalam jurusan Hubungan Antarabangsa dan Ekonomi,  Anis bakal menyambung pengajian sarjana dalam jurusan Pendidikan dan Pembangunan Antarabangsa: Konflik, Penerbitan dan Kedamaian di London, United Kingdom selama setahun menerusi biasiswa tajaan Khazanah Malaysia. 

“Jurusan yang saya ambil ini nanti ada kaitannya dengan bidang kerja kemanusiaan dan saya berharap saya dapat melebarkan lagi sayap di dalam bidang ini dengan lebih luas lagi.

“Sepanjang pemergian saya di sana nanti, dua lagi rakan saya akan meneruskan usaha-usaha kami menerusi Ava Project ini. Saya pergi pun tidak lama,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 19 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bantuan Kemanusiaan Pertama Malaysia Untuk Palestin Berlepas Malam Tadi

2

Sukan 11 bulan yang lalu

KBS Beri Keutamaan Kebajikan Atlet Di Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Isu Kebajikan Kanak-Kanak Dibangkit, KPWKM Jadi Tumpuan Hari Ini

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 19 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian