web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menarik Dan Berkualiti, Perabot Kayu Palet Osman Bantu Jana Pendapatan

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 9:16AM

Bermula dengan suka-suka, akhirnya hobi Osman Lisut menjadi satu bidang perniagaan dan menghasilkan pendapatan di rumahnya di Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Warna yang asli dan permukaannya bersih serta licin membuatkan perabot diperbuat daripada kayu palet menjadi pilihan ramai dalam tatarias kediaman.

Selain ciri kayu palet itu sendiri yang mampu memukau mata,  materialnya juga tahan lasak dan mampu milik, menjadikan ia antara produk kegilaan ketika ini.

Atas faktor ini, bukan sesuatu yang menghairkan apabila semakin ramai beralih kepada material berasaskan kayu palet sebagai perabot, sama ada menghiasi kediaman peribadi, atau dijadikan dekorasi restoran dan kafe, bagi menyuntik suasana lebih santai.

Hasilnya, ia mampu diterjemahkan dalam pelbagai konsep, sekali gus membantu pembuat perabot berasaskan kayu palet ini menjadikan ia sumber pendapatan yang memuaskan.

Bagi Osman Lisut, 53, pembabitan secara kebetulan dalam pembuatan perabot kayu palet ini nyata membawa tuah apabila hasil kerjanya itu mendapat sambutan ramai.

Mengimbas sejarah penglibatannya dalam industri kayu palet ini, Osman yang juga bekas wartawan berkata, ia bermula apabila beliau dimaklumkan mengenai lambakan kayu palet di sebuah kilang tempat seorang sahabatnya bekerja.

Berhasrat sekadar suka-suka bertukang, Osman tidak menyangka meja kopi dan rak televisyen yang dihasilkan berjaya memikat hati seorang jiran.

“Sejak itu saya mula mendapat tempahan daripada jiran, adik beradik dan penduduk setempat di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.

“Sehingga kini saya sudah menerima tempahan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Perak dan Melaka,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bapa lima anak itu berkata, beliau tidak menyangka perabot kayu palet ini diminati ramai, menjadikan tempahan diterima tak pernah putus, walaupun ketika negara berdepan krisis kewangan akibat pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah walaupun baru terbabit kira- kira empat bulan dalam bidang ini, tempahan diterima daripada pelanggan tak pernah putus, dan ia membabitkan jenis perabot yang sering digunakan seperti meja kopi, rak buku dan kasut, kerusi rehat serta pelbagai aksesori hiasan rumah.

"Dengan dibantu seorang rakan, semua perabot dihasilkan secara berhati-hati bagi memastikan kualitinya sentiasa mencapai kualiti diharapkan kerana tidak ada kompromi dalam hal itu,” tegasnya.

Jelas Osman, setiap perabot dihasilkan berdasarkan citarasa dan idea pelanggan kerana mereka percaya kepada prinsip, kreativiti seseorang tidak boleh dihalang atau disekat.

“Saya amat bersyukur kayu palet ini mampu menghasilkan pendapatan untuk menyara keluarga, selepas memutuskan untuk bersara dari dunia kewartawanan.

“Hanya kayu palet berkualiti digunakan untuk menghasilkan perabot atau aksesori hiasan yang baik bagi menjaga kepercayaan pelanggan,” katanya, memberi jaminan.

Osman menarik perhatian, kayu palet jenis pain menjadi pilihan dalam penghasilan produk kerana ia mempunyai ciri yang begitu menarik dapat menyuntik keindahan serta mempunyai kekuatan tersendiri.

"Bagi saya, nilai sesuatu perabot atau aksesori yang dihasilkan bukan hanya terletak pada kualiti tetapi kreativiti bagaimana ia dihasilkan.

“Setiap produk yang dijual akan diuji terlebih dahulu bagi memastikan daya tahannya berada pada tahap tinggi, sebelum ia diserahkan ke tangan pelanggan,” katanya. – Getaran, 24 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Lebih 80 Peratus Pengguna Tingkat Pendapatan Di Asia Tenggara - TikTok

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Pendekatan Baharu Pastikan Agihan Subsidi Bersasar Lebih Fokus - Rafizi

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH