web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peguam, Rakan Kongsi Rezeki Edar Juadah Berbuka Sepanjang Ramadan 

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 9:11PM

Program 'Free Food For Ramadan' sudah dijalankan sejak tujuh tahun lalu di bandar raya Kuantan dan sentiasa mendapat sokongan pelbagai pihak. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Bermula dengan niat untuk bersedekah kira-kira tujuh tahun lalu, ia kini menjadi rutin harian seorang peguam bersama rakan-rakannya sepanjang bulan Ramadan. 

Bagi Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar dan sekumpulan rakannya, tugasan mengagihkan juadah berbuka puasa secara percuma setiap hari di Jalan Besar, dekat bandar raya ini, memberi makna tersendiri kepada mereka. 

Beliau ketika ditemui berkata, idea mengedarkan juadah berbuka percuma itu tercetus ketika dia menunaikan ibadat haji pada tahun 2014.

"Ketika itu saya nampak ada ramai orang mengedarkan makanan secara percuma kepada kami dan bila saya tanya seorang penduduk tempatan, mereka cakap ia amalan biasa di sana bagi membantu orang yang kurang berkemampuan. 

"Jadi, apabila saya balik dan berbincang dengan rakan-rakan, mereka setuju dengan idea saya dan sejak itulah kami lakukan inisiatif ini," katanya. 

Lebih 300 bungkus makanan dan minuman diedarkan kepada orang ramai menerusi program 'Free Food For Ramadan'.
Lebih 300 bungkus makanan dan minuman diedarkan kepada orang ramai menerusi program 'Free Food For Ramadan'.

Program 'Free Food For Ramadan' sudah dijalankan sejak tujuh tahun lalu di bandar raya Kuantan dan sentiasa mendapat sokongan pelbagai pihak. 

Syed Azimal berkata, bermula semalam sehingga minggu terakhir Ramadan, pihaknya akan mengagihkan lebih 300 bungkus makanan dan minuman kepada orang ramai. 

"Edaran makanan dan minuman akan dimulakan jam 5.30 petang dan setakat ini kita tidak ada masalah lebihan makanan, sentiasa mencukupi dan kalau boleh kita nak tambah lagi (jumlahnya) pada masa akan datang. 

"Ketika awal kami perkenalkan program 'Free Food For Ramadan' ini, kita mulakan hanya dengan 50 bungkus makanan dan minuman saja, jadi sekarang jumlahnya mencecah 200 hingga 300 (bungkusan) setiap hari," katanya. 

Antara menu disediakan melalui program itu ialah nasi putih dan kari ayam; bubur jagung; bubur ayam; piza dan pelbagai jenis minuman. 

Orang perseorangan dan syarikat yang ingin menyertai program 'Free Food For Ramadan' boleh terus berjumpa dengan sukarelawan program itu dengan mengunjungi kedai Kuantan Pickers yang terletak di Jalan Besar, dekat sini. - Getaran, 25 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik