Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Kuih, Kembali Kegemilangan Juadah Tradisional

Selain meneruskan legasi kuih tradisional Melayu, Projek KWIH mahu bantu penerima zakat agar mereka pula menjadi pembayar zakat pada masa depan

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 1:17PM

Karla (kanan) mengajar teknik membuat kuih tradisional kepada peserta Projek KWIH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula dengan niat mengembalikan kegemilangan kuih tradisional dalam kalangan generasi muda, Projek Kuih Warisan Ihsan Haridepan (KWIH) pantas mengorak langkah sebagai platform yang berjaya melahirkan pembuat kuih berkemahiran tinggi, demi kesinambungan tradisi masyarakat Melayu setempat.

Pengalaman berguru selama lebih dua tahun dengan 'orang lama' dalam bidang pembuatan kuih di seluruh Malaysia, digunakan sebaiknya oleh Aniza Azizuddin, 44 dan Karla Kaman, 37 untuk mendidik dan melahirkan pembuat kuih daripada golongan Asnaf.

Berkongsi suka duka perjalanan Projek KWIH, Aniza selaku Pengurus Projek berkata, beliau dan Karla sebagai Ketua Program menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul resepi asli turun-temurun daripada barisan pembuat' kuih tersohor, yang masih berpegang pada kaedah serta pembuatan secara tradisional.

Aniza, mesra dikenali sebagai Honey Ahmad berkata, pembelajaran secara langsung dengan pembuat kuih adalah penting ketika menimba ilmu, bagi memastikan segala selok belok teknik dan rahsia digali secukupnya.

Katanya, adalah amat mustahak untuk mereka mendalami setiap inci teknik dan kaedah, kerana ia adalah dua elemen penting yang memastikan keaslian rasa kuih kekal terpelihara.

"Sehingga kini kami berjaya mengumpul 110 resepi kuih tradisional, lengkap dengan teknik dan petua untuk diajar kepada golongan Asnaf bagi membantu mereka menjana pendapatan.

"Projek ini bukan sahaja berfungsi sebagai gedung ilmu yang membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan, tetapi juga bertindak sebagai talian hayat dalam memastikan legasi kuih tradisional tidak pupus ditelan zaman," katanya kepada Getaran, menerusi pertemuan secara maya menggunakan aplikasi Google Meet baru-baru ini.

Honey (tengah) tidak lokek ilmu untuk mengajar peserta membuat kuih tradisional.
Honey (tengah) tidak lokek ilmu untuk mengajar peserta membuat kuih tradisional.

Menurut Honey, enam resipi kuih tradisional kegemaran ramai iaitu onde-onde, seri muka, kuih lapis, cara berlauk dan koci menjadi pilihan untuk diajar kepada peserta buat masa ini.

"Kajian kami mendapati enam jenis juadah ini sering menjadi pilihan, tetapi agak sukar untuk mendapatkan rasa yang benar-benar tulen kerana banyak resipi sudah ditokok-tambah sehingga menghilangkan keaslian kuih," katanya.

Kuih onde onde
Kuih onde onde

Sementara itu Karla berkata, semua resipi yang diperoleh adalah hasil jerih payah menjelajah ke setiap inci pelusuk negara, semata-mata untuk mendapatkan kualiti kuih yang diingini.

"Setiap resipi lengkap dengan teknik, petua dan rahsia tersendiri, membuatkan produk dihasilkan juga menepati citarasa asli kuih tradisional yang dihajati.

"Ia disusuli dengan latihan demi latihan, bagi memastikan semua resipi itu dapat dikuasai dengan baik, sebelum diajar pula kepada peserta," katanya.

Karla berkata, mereka berdua mengambil masa yang agak lama untuk mendalami setiap resipi, tetapi hanya memerlukan empat hari untuk menurunkan semua ilmu itu kepada peserta lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Projek, Mohd Adly Rizal, 47 berkata, Projek KWIH disusun secara strategik untuk membantu golongan Asnaf terpilih meningkatkan pendapatan mereka dengan berniaga.

Katanya, selain pembuatan kuih tradisional, mereka juga diajar cara memulakan perniagaan dengan memasarkan hasil kepada pelanggan.

"Buat sementara, kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Yayasan Hasanah dan Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak dari aspek penyediaan tempat, kelengkapan membuat kuih serta lokasi pemasaran, supaya mereka tidak mempunyai masalah untuk berdikari,

"Untuk itu, kami amat terhutang budi dengan Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah atas sumbangan dana dalam menjayakan projek KWIH," katanya.

Beliau memberitahu, enam wanita Asnaf berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Kulinari dalam kategori pembuatan kuih setakat ini dan pihak
meletakkan sasaran 30 pembuat kuih dalam kalangan komuniti di Batu 11, Gombak.

"Dalam projek ini, sasaran pendapatan paling rendah diletakkan sebanyak RM50 sehari, dengan lapan peratus pembuat kuih pula disasarkan untuk memperoleh antara RM70 hingga RM100.

"Impian kami adalah untuk melihat golongan berkenaan yang sebelum ini menjadi penerima zakat, mengubah taraf hidup kepada pemberi pula apabila berjaya menjana pendapatan menerusi KWIH," katanya.

Mohd Adly berkata, KWIH Nadi Wilayah Persekutuan dan Multiracial Reverted Muslim (MRM) akan mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi memasarkan semua kuih dihasilkan peserta, supaya beroleh sambutan memberangsangkan.

Setakat ini, Projek KWIH berjaya menghasilkan dua kategori kuih iaitu kelas premium dan kelas sederhana untuk dinikmati,  namun pemasaran dan penjualannya terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Ia akan disambung semula sebaik sahaja PKP ditamatkan, katanya. - Getaran, 21 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur