Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hakim Kes Al Ma'unah Catat Sejarah Diterima Masuk Sebagai Peguam

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 9:06AM

Zulkefli Ahmad Makinudin

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tertawa kecil apabila penglibatannya dalam mengendalikan kes perbicaraan pemberontakan kumpulan ekstremis Al-Ma’unah dibangkitkan semasa wawancara bersama Getaran semalam.

“Oh. Awak tahu saya hakim kes tersebut?” soal Zulkefli, 68, yang pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan (2007-2011) dan Presiden Mahkamah Rayuan (2017-2018).

Nadanya kedengaran sedikit kagum, entah kerana teruja atau bangga, kerana kisah penting dalam sejarah negara itu masih segar di ingatan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.

Sebetulnya, siapa boleh melupakan kegemparan yang tercetus, angkara rampasan senjata pada subuh 2 Julai 2000, membabitkan dua kem tentera di Perak.

Peristiwa yang sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada aspek keselamatan negara itu akhirnya berakhir juga, dengan kerahan tenaga lebih 3,000 anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia bagaimanapun meragut nyawa dua anggota keselamatan, selepas terbabit dalam pertempuran di markas Al Ma’unah di Bukit Jenalik, Perak.

Dua wira negara itu, Detektif Koperal Raju Saghadevan dan Koperal Matthew anak Medan, masing-masing dari Cawangan Khas PDRM dan Unit Gerak Khas ATM selamanya akan dikenang demi pengorbanan mereka, yang teguh menyimpan rahsia kedudukan pasukan keselamatan walaupun diseksa berulang kali.

“Ia satu yang tidak akan pernah saya lupakan dan dalam kes ini, 29 tertuduh didakwa kerana melancarkan pemberontakan bersenjata itu, menyebabkan kesemuanya didakwa di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan mengisytiharkan perang terhadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

“Kandang saksi terpaksa diperbesarkan, jika selalunya ada satu atau empat tertuduh saja, tapi dalam kes ini mahkamah di Bangunan Sultan Abdul Samad terpaksa membina kandang saksi khas,” ujarnya.

Perbicaraan kes terbabit mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat, malah ketika ini juga pelbagai teori dan spekulasi mula kedengaran.

Mahkamah Tinggi pada 18 Januari 2002 bagaimanapun sebulat suara menetapkan bahawa semua fakta dan hujah kes membabitkan pertuduhan dikenakan melampaui keraguan munasabah terhadap semua tertuduh.

Empat anggota kumpulan itu termasuk ketua mereka, Mohamed Amin Mohamed Razali dijatuhi hukuman mati mandatori manakala baki yang lain berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sepanjang hayat.

Zulkefli menarik perhatian, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kes jenayah berat, malah bangunan mahkamah turut dikawal ketat sepanjang perbicaraan diadakan.

“Saya juga diberikan dua anggota polis pengiring selama dua bulan pertama perbicaraan kes tersebut untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Pada usia yang dikategorikan sebagai warga emas, Zulkefli semalam membuktikan bahawa ia bukan penghalang apabila diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya.

Pada prosiding yang dijalankan secara atas talian itu, Datuk Mohd Hafariza, Harun dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bertindak sebagai peguam pihak pempetisyen.

“Memang sejak kanak-kanak lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam cuma saya tidak berpeluang kerana memasuki bidang kehakiman ,” kata Zulkefli.

Beliau bagaimanapun menegaskan, niatnya hanya mahu memberikan perkhidmatan konsultasi, sekali gus menolak kemungkinan untuk hadir ke mahkamah bagi mewakili mana-mana individu.

“Saya sudah pernah jadi hakim, jadi saya tidak mahu hadir ke mahkamah untuk berhujah atau mengambil kes-kes perbicaraan.

“Sebaliknya, penglibatan saya hanyalah dari segi nasihat perundangan,” kata Zulkefli. - Getaran, 13 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Titah Hakim Syarie Sabah Selesaikan Masalah Umat Islam Dengan Segera, Adil

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Permohonan Najib Untuk Gugurkan Hakim Ditolak

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid