web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelainan Bukan Penghalang, Konsert OKU Himpun Penghibur Berbakat Besar

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 12:44PM

Kumpulan DeafBeat membuat persembahan di malam konsert Kau & Aku semalam. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesayuan yang menyelubungi sebuah konsert mini untuk memperingati golongan kelainan upaya (OKU) terkesan dengan COVID-19 berubah menjadi ceria apabila seorang penghiburnya mengutarakan satu soalan ‘nakal’ kepada tetamu terpenting majlis itu.

“Maafkan saya Datuk Seri, tapi perlukah kami ‘behave’ pada malam ini?” soal penyanyi tersebut, Ras Adiba Radzi, yang juga merupakan seorang Senator Dewan Negara, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang duduk di bahagian depan auditorium Pusat Seni Persembahan Damansara, tertawa kecil dengan pertanyaan itu, begitu juga dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang duduk selang beberapa kerusi.

“Saya bertanya sebab sepanjang tiga malam konsert ini berlangsung, para hadirin dijemput untuk menari bersama-sama dengan persembahan kami,” jelas Ras Adiba yang mampu berdiri di atas pentas dengan bantuan kerusi rodanya.

“Terpulanglah!? Okay. Baiklah,” jawabnya dengan ceria sambil tersenyum simpul sebelum beliau mendendangkan lagu Dia oleh Sheila Majid kepada para hadirin di konsert, Kau & Aku, anjuran Persatuan OKU Sentral semalam.

Seorang OKU berkerusi roda membuat persembahan di malam konsert Kau & Aku. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Seorang OKU berkerusi roda membuat persembahan di malam konsert Kau & Aku. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Konsert yang bermula sejak tiga hari lalu, diadakan sempena Hari OKU Sedunia yang disambut hari ini.

Menerusi satu siaran media, Ras Adiba, yang juga Presiden Persatuan OKU Sentral berkata, kesemua penghibur, penyanyi dan penari yang diketengahkan dalam konsert ini semuanya terdiri daripada OKU berbakat besar.

“Mereka tidak pernah membiarkan kelainan upaya menjadi batu penghalang perjalanan hidup. Bagi saya, golongan ini  benar-benar menjiwai konsep Keluarga Malaysia (yang diperkenalkan oleh Ismail),” katanya.

Benar kata Ras Adiba.

Di konsert itu semalam, para hadirin dihidangkan dengan pelbagai jenis tarian dan nyanyian oleh penghibur berbakat besar golongan OKU negara, dengan majoriti daripadanya adalah artis yang terkenal dalam komuniti tersebut.

Ada yang cacat anggota dan berkerusi roda tetapi masih mampu menari dengan lincah, ada juga individu autisme tetapi mampu menyajikan halwa telinga yang merdu didengar.

Malah, ada juga sekumpulan kanak-kanak cilik, yang walaupun dilahirkan dengan Sindrom Down, berjaya menghiburkan hadirin dengan persembahan single hit sensasi Katy Perry, Roar.

Sekumpulan kanak-kanak sindrom down membuat persembahan di konsert Kau & Aku semalam. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Sekumpulan kanak-kanak sindrom down membuat persembahan di konsert Kau & Aku semalam. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Bagaimanapun, pertunjukan yang paling menarik minat penulis adalah persembahan gendang Cina yang menjadi pembuka tirai kepada malam terakhir konsert mini tersebut.

Ini kerana, kesemua pemain gendang pasukan tersebut terdiri daripada OKU Pendengaran.

Untuk menyingkap bagaimana golongan pekak mampu menceburi bidang seni yang memerlukan keupayaan untuk mendengar, penulis berkesempatan menemu ramah kumpulan gendang Cina dikenali sebagai DeafBeat itu.

“Betul kami tak boleh mendengar tapi, kami boleh memukul gendang dengan mengira rentak susunan irama yang dimainkan,” jelas seorang penterjemah bahasa isyarat pada sesi temu bual dengan ketua pasukan DeafBeat, Joseph Liew.

Menurut Joseph, 43, yang bekerja sebagai pemandu Grab, pemain gendang DeafBeat dilatih untuk mendengar pukulan gendang menggunakan anggota badan mereka.

“Setiap pukulan gendang akan menghasilkan getaran dan kami dapat merasa getaran tersebut di bahagian bahu. Inilah caranya bagaimana orang cacat pendengaran bermain gendang,” tambahnya.

DeafBeat ditubuhkan pada tahun 2007 dan buat masa ini mempunyai lapan pemain gendang.

Persembahan mereka pada sepanjang konsert mini, Kau & Aku, adalah pertunjukan pertama mereka sejak negara dibelenggu COVID-19.

Senada dengan Ras Adiba, seorang lagi ahli DeafBeat, Chong Kai Zen, menyeru semua individu OKU untuk membuang rasa malu dan gentar untuk cuba melakukan sebarang aktiviti atau mendalami minat mereka.

Kai Zen memohon ibu bapa kepada anak OKU untuk memberi peluang kepada anak mereka untuk menceburi minat masing-masing. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Kai Zen memohon ibu bapa kepada anak OKU untuk memberi peluang kepada anak mereka untuk menceburi minat masing-masing. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

“Janganlah malu-malu. Beranikan diri untuk mencuba. Sebenarnya kita berkeupayaan untuk melakukan apa yang orang lain boleh buat.

“Saya juga berharap ibu bapa juga berikanlah peluang kepada anak OKU mereka untuk menceburi minat masing-masing.

“Janganlah halang mereka hanya kerana merasakan kelainan keupayaan anak itu akan membantutkan usaha dan impian,” jelas penterjemah itu lagi, sambil menterjemah semua isyarat tangan Kai Zen. - Getaran, 3 Disember, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin