Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Simpati Kasut Lusuh Penghantar Kurier, Bapa Gembira Kongsi Rezeki

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 4:30PM

Mohd Faithal menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang penghantar kurier. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat menggembirakan orang di sekeliling kita.

Itulah yang dilakukan Mohd Faithal Abu Samah apabila menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang penghantar kurier tidak dikenalinya beberapa hari lalu.

Tindakan bapa kepada tiga anak itu mendapat pujian netizen selepas video TikTok dikongsi isterinya, Ernie Nooryanti Abdul Rahim tular di media sosial.

Mohd Faithal ketika dihubungi Getaran mendedahkan, dia sememangnya sudah lama memasang niat untuk menghadiahkan kasut kepada pemuda tersebut.

“Adik tu memang selalu hantar barang di sekitar kawasan perumahan saya dekat Taman Sri Sinar Segambut. Tiap kali dia hantar barang ke rumah saya, mata saya asyik tertumpu pada kasut yang dia pakai. Saya tengok macam dah lusuh. Dari situ timbul rasa simpati dalam hati.

“Pada Ahad lepas, kebetulan dia ada hantar barang ke rumah saya. Jadi saya pun minta dia tunggu sekejap di luar rumah, lalu saya ambil kasut dan berikan padanya,” kata penyelaras di sebuah syarikat pengangkutan itu.

Mohd Faithal dan isteri, Ernie Nooryanti
Mohd Faithal dan isteri, Ernie Nooryanti

Jelas Mohd Faithal lagi, pada awalnya dia bimbang jika saiz kasut miliknya tidak sesuai dengan pemuda tersebut.

“Mula-mula tu risau juga tapi tak sangka dia pun pakai saiz UK8 sama dengan saya. Seronok bila tengok riak wajahnya yang gembira.

“Dia cakap kasut tu cantik sangat, boleh guna untuk jalan-jalan walhal saya hanya terfikir mungkin kasut tu dia boleh guna pergi bekerja.

“Saya memang suka kumpul kasut. Jadi kasut di rumah memang banyak sangat. Bila tengok keikhlasan adik tu semasa bekerja, siap tunggu saya lama kalau ada bungkusan yang perlu dibayar, jadi tak salah saya reward dia,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan berkenaan, lelaki berusia 38 tahun itu berkata, segalanya berlaku secara spontan dan dia ikhlas dengan pemberian berkenaan.

“Kita kalau nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Apa yang ada dalam rumah kita sudah cukup menggembirakan hati orang lain.

“Allah itu Maha Kaya, Dia yang memberi rezeki. Saya cuma mahu berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 20 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid