Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RC Deaf Mission Cafe, Bukti Kecekalan OKU Pendengaran

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 11:52AM

Pekerja di RC Deaf Mission Cafe akan menyapa pengunjung dengan bahasa isyarat. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Makanan boleh menjadi wadah untuk menghubungkan sesama manusia, dan ia menjadi inspirasi untuk seorang wanita menubuhkan sebuah kafe, khusus bagi membantu golongan kelainan upaya (OKU) pendengaran.

Dikenali sebagai RC Deaf Mission Cafe, ia ditubuhkan Agnes Peter, yang juga pengarah dan pengasas RC Deaf Mission bersama abangnya, Mario Peter.

Agnes Peter
Agnes Peter

Agnes ketika ditemui baru-baru ini berkata, kafe itu adalah inisiatif untuk membantu OKU pendengaran menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup, sama seperti insan lain.

Apabila anda melangkah ke RC Deaf Missions Cafe tiada akan ada laungan Selamat Datang atau interaksi lisan daripada pelayan atau petugas lain, sebaliknya semua komunikasi hanya menggunakan bahasa isyarat.

Mohammad Faizal Abdul Rasat, 41, barista di kafe itu melalui isyarat tangan memberitahu, segala komunikasi hanya menggunakan bahasa isyarat, atau pelanggan boleh menulis pesanan di kertas disediakan.

Roti jala antara makanan yang disediakan di RC Deaf Mission Cafe. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Roti jala antara makanan yang disediakan di RC Deaf Mission Cafe. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

“Walaupun saya pekak, itu tidak menjadi penghalang komunikasi dengan pelanggan, malah ramai rakyat negara kita ada pendedahan mengenai bahasa isyarat.

“Pelanggan hanya perlu menunjukkan minuman dan makanan diingini, dan kemudian saya akan memasukkan pesanan mereka menggunakan sistem yang ada di kafe,” katanya, sambil diterjemah oleh jurubahasa khas di situ.

Faizal ialah seorang daripada empat petugas OKU pendengaran di kafe tersebut, sejak ia mula dibuka pada 2018.

Mohammad Faizal Abdul Rasat
Mohammad Faizal Abdul Rasat

Bukan hanya menyediakan juadah yang lazat, RC Deaf Mission Cafe turut menampilkan pelbagai hasil seni dihasilkan golongan terbabit, selain turut menjual beberapa cenderamata termasuk kemeja T yang tertulis abjad di dalam bahasa isyarat dan risalah kesedaran.

Menurut Agnes, idea dan pelaksanaan kafe ini diberi penelitian rapi  supaya pengaturannya tidak membebankan pekerja di situ.

Premis tersebut jelas beliau, dilengkapi dengan televisyen yang menayangkan video pendek untuk mengajar bahasa isyarat ringkas bagi memesan makanan atau minuman, supaya wujud komunikasi lebih lancar antara pelanggan dan pelayan.

“Terdapat juga isyarat cahaya di pintu depan dan ruang dapur yang akan berkelip setiap kali pelanggan melangkah masuk.

“Selain itu, kami turut meletakkan cermin di lokasi strategik di kaunter kafe untuk membolehkan petugas sentiasa peka dengan kehadiran pelanggan atau mana-mana individu di pintu utama,” katanya.

Petugas menyediakan pencuci mulut di RC Deaf Mission Cafe. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Petugas menyediakan pencuci mulut di RC Deaf Mission Cafe. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Agnes menarik perhatian, RC Deaf Mission Cafe turut berperanan sebagai pusat pembelajaran semua petugas, selain menjadi medan untuk mereka saling berbincang mengenai perjalanan atau operasi kafe.

“Kafe ini tidak besar dan hanya boleh memuatkan beberapa meja. Tetapi ia diatur kemas untuk memudahkan petugas melayani pelanggan dengan baik.

“Kami turut memiliki dua pengurus yang turut berperanan sebagai penterjemah bagi membantu petugas, khususnya ketika waktu puncak,” jelasnya.

Dua pengurus itu kata Agnes lagi, turut membantu menguruskan temu janji petugas lain yang memerlukan pemeriksaan di hospital atau sebarang urusan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ditanya mengenai sejarah penubuhan RC Deaf Mission, Agnes yang berusia 40-an berkata, pertubuhan itu pada asalnya diasaskan pada 2006 dengan misi membantu golongan OKU pendengaran, khusus dari aspek penyediaan latihan berbahasa isyarat dan bahasa Malaysia.

“Dari situ kami mula meneroka aktiviti pembuatan roti, biskut dan makanan ringan yang dihasilkan oleh pelajar.

“Melihat bakat dan potensi mereka, saya terfikir mengapa tidak ia dikembangkan dan bermula dari situ, lahirnya idea menubuhkan RC Deaf Mission Cafe,” katanya.

Penyelia dan tukang masak, Bhavanita Shanmugasundram, 56, ketika ditemui mengakui bangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan segala operasi di bahagian dapur.

“Sebagai antara pekerja yang telah berkhidmat bertahun-tahun bersama RC Deaf  Mission, saya rasa bangga dengan pencapaian di kafe ini.

“Pelbagai menu baharu kami usahakan bersama dengan pekerja lain di sini, dan saya rasa amat gembira apabila cadangan atau resipi baharu itu menjadi kegemaran pelanggan,” katanya.

Bhavanita Shanmugasundram
Bhavanita Shanmugasundram

Bhavanita berkata, peluang yang diberi untuk menguruskan operasi bahagian dapur itu membuktikan bahawa dia memiliki kemampuan untuk berfungsi sama seperti manusia normal lain.

“Saya sememangnya minat memasak dan kepercayaan ini adalah bukti bahawa kemampuan serta kemahiran yang dimiliki tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan golongan normal.

“Pencapaian ini turut membanggakan seisi keluarga dan rakan-rakan, itulah yang paling bermakna,” katanya, tersenyum.

Perlu diketahui, semua petugas di kafe tersebut memiliki kelayakan setaraf profesional kerana mereka dihantar untuk mengikuti kursus barista, masakan dan perhotelan dengan institusi yang diiktiraf.

Mohammad Faizal menyediakan minuman yang dipesan pelanggan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Mohammad Faizal menyediakan minuman yang dipesan pelanggan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Langkah itu jelas Agnes, penting bagi memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan diberikan mampu memuaskan hati pelanggan.

 “Bagi saya, tiada perbezaan antara orang pekak kerana sebilangan besar daripada mereka amat berbakat, malah mampu menjadi lebih hebat jika diberi bimbingan secukupnya.

“Dengan latihan vokasional yang tepat, mereka mampu dan berpotensi meneroka apa juga bidang pekerjaan yang diingini,” katanya.

Sama seperti perniagaan lain, Agnes bagaimanapun mengakui RC Deaf Mission Cafe tidak terlepas daripada menerima tempias dibawa pandemik COVID-19.

“Kami hampir gulung tikar namun dengan bantuan media sosial dan perniagaan yang dijalankan secara atas talian, waktu penuh getir itu berjaya diharungi.

“Saya amat berharap orang ramai akan terus menyokong inisiatif dan usaha petugas kafe ini demi meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

USIM Cipta Aplikasi Quran Isyarat Pertama Di Malaysia

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 24 - Jom Intai Kafe RC Deaf Missions Malaysia

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam