web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ikhlas Membantu, Pesara Kerajaan 117 Kali Derma Darah

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 8:09AM

Yunos sudah menderma darah 117 kali sejak tahun 1979.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Berbekalkan niat ikhlas mahu membantu individu memerlukan, seorang warga emas gigih memastikan dia tidak ketinggalan menderma darah setiap tiga bulan sejak 42 tahun lalu.

Yunos Erol, 60 dari Kampung Panglima Seman di sini berkata, di mula menjadikan amalan menderma darah sebagai satu aktiviti kebajikan sejak mula berbuat demikian ketika berusia 18 tahun pada 1979.

Katanya, sehingga kini dia sudah menderma sebanyak 117 kali, malah menjadikan misi membantu Tabung Darah hospital sebagai satu peluang untuk menyelamatkan nyawa.

“Saya aktif menderma darah bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi tapi atas kesedaran mahu membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Tiada niat lain, selain hanya mahu membantu Tabung Darah memiliki simpanan mencukupi bagi digunakan oleh individu memerlukan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurut pesara Lembaga Pelabuhan itu, darah jenis O dimilikinya tergolong sebagai antara kategori sukar didapati, justeru aktiviti berkenaan berupaya membantu menampung permintaan yang ada.

Buku rekod derma darah Yunos yang menunjukkan tarik pertama beliau menderma darah.
Buku rekod derma darah Yunos yang menunjukkan tarik pertama beliau menderma darah.

“Majikan saya dahulu juga amat menggalakkan petugas mereka menderma darah, malah kami akan diberi cuti pelepasan jika mahu berbuat demikian.

“Aktiviti menderma darah ini biasanya saya lakukan dengan pergi sendiri ke hospital atau menyertai kempen dianjurkan mana-mana pihak, termasuk di pusat beli belah,” kata bapa enam anak itu.

Tegas Yunos, menderma darah tidak boleh dilakukan secara semberono kerana individu yang mahu berbuat demikian perlu memastikan mereka berada di tahap kesihatan terbaik.

“Perbuatan menderma darah jika dilakukan oleh individu berpenyakit, bukan hanya mendatangkan bahaya kepada pemberi, bahkan turut mendedahkan penerima kepada komplikasi kesihatan,” katanya.

Mengulas lanjut Yunos berkata, penderma diwajibkan menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu termasuk ujian dan tekanan darah sebelum dibenarkan berbuat demikian.

“Jika tekanan darah tinggi, kita tidak akan dibenarkan menderma, sebab itu sebelum menderma darah saya pastikan rehat dan tidur mencukupi untuk menjalani proses menderma darah yang biasanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.

“Alhamdulilah, selama bergiat aktif dalam aktiviti menderma darah ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, malah kesihatan saya semakin baik dan cergas setiap hari,” ujarnya.

Yunos berkata, dengan penglibatan aktifnya dalam aktiviti menderma darah, dia turut menerima sijil dan plak penghargaan disampaikan bekas  Yang Dipertua Negeri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, selain sijil oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

“Pada masa ini dua anak lelaki berusia 24 dan 28 tahun turut mengikut jejak langkah saya dengan aktif menderma darah dan saya suka menasihatkan semua golongan muda untuk sama-sama mengaktifkan diri dalam kegiatan ini bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

4

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

5

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

6

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai