Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pejan Tak Malu Usahakan Perkhidmatan Pembersihan BosBoss

Bertempat di Penaga, Pulau Pinang, operasi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan yang mereka lakukan di sekitar Pulau Pinang ini bagaimanapun bergantung atas permintaan pelanggan.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 8:53PM

Pasukan BosBoss membersihkan sebuah gudang yang kini menjadi 'skatepark' di Gombak - Gambar ihsan BosBoss

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai yang memandang rendah terhadap kerjaya orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan kerana mereka sentiasa terdedah dengan kawasan persekitaran yang kotor dan berhabuk. 

Namun,  percaya atau tidak, kerja-kerja pembersihan ini memiliki ‘demand’ yang tinggi kerana khidmat mereka sangat diperlukan untuk mencuci dan membersihkan pelbagai kawasan sama ada di pejabat, hotel, bangunan bertingkat mahu pun kawasan pengubahsuaian rumah. 

Dek permintaan yang ada ini serta kerja-kerjanya juga adakalanya rumit dan berbahaya, ia turut menjana pendapatan yang bagus. 

Mohamad Faizal Ab Ghani
Mohamad Faizal Ab Ghani

Hal inilah yang membuatkan Mohamad Faizal bin Ab Ghani, 37, atau mesra dipanggil Pejan terpanggil untuk membuka perniagaan perkhidmatan pembersihan bangunan yang bernama BosBoss Cleaning Service.

Berpusat di Penaga, Pulau Pinang, operasi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan yang mereka lakukan di sekitar Pulau Pinang ini bagaimanapun bergantung atas permintaan pelanggan.

Perkhidmatan mencuci atau membersihkan ini tidak hanya tertumpu di rumah sahaja, tetapi ia turut meliputi kawasan seperti bangunan seperti pejabat, homestay, kawasan pengubahsuaian rumah, bangunan bertingkat dan lain-lain.

Menurut Pejan, idea untuk memulakan perniagaan ini sebenarnya tercetus pada 2019 setelah negara kita dilanda pendemik COVID-19.

“Kewujudan wabak inilah yang membuatkan saya terfikir untuk mencipta projek BosBoss. Saya dan isteri ketika itu tiba-tiba berbincang tentang sektor-sektor yang terpaksa ditutup akibat pandemik ini dan PKP dan apakah yang akan dilakukan jika ia sudah dibuka semula?.

“Saya mengkaji dan mendapati perkara pertama yang akan mereka buat ialah mencuci dan membersihkan pejabat. Jadi dari situlah saya sudah mula merangka perancangan untuk mewujudkan BosBoss ini,” katanya. 

Menurut Pejan lagi, ramai yang menganggap kerja-kerja pembersihan adalah sebuah kerja yang senang. Namun, ia tidak semudah yang disangka .

“Jika mahu bercakap mengenai proses, kami akan membersihkan kawasan persekitaran terlebih dahulu kemudian mengosongkan barang di dalam bangunan sebelum melakukan proses mencuci.

“Semasa mengosongkan barang-barang tersebut, inilah proses yang perlu diberi perhatian kerana setiap barang yang dialih keluar perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan ia rosak. Jika tidak, saya perlu membayar kos ganti rugi akibat kecuaian tersebut. 

“Selepas itu, barulah proses mencuci dan pengeringan boleh dilaksanakan menggunakan beberapa alatan dan cecair untuk membasuh lantai, dinding dan sebagainya. Akhir sekali menyusun semula barang-barang tersebut dengan betul,” tambahnya lagi.

Gudang Skate Park Sentul, Gombak
Gudang Skate Park Sentul, Gombak

Bangunan yang mencabar pernah dicuci mereka adalah sebuah gudang yang besar di mana di dalamnya telah diubah suai menjadi skatepark, tempat bermain papan selaju atau skateboard yang bertempat di Sentul, Gombak.

“Gudangnya sudahlah besar, malah mempunyai ketinggian yang bukan seperti bangunan lain. Masa itu, kami sehari suntuk menghabiskan kerja-kerja cuci ini sebab keesokan harinya gudang itu nak lakukan proses mengecat dinding dengan lukisan-lukisan.

“Jadi setiap sudut dan penjuru kami perlu pastikan dicuci dengan bersih. Memang berbeza mencuci dan membersihkan gudang berbanding di tempat-tempat lain. Tetapi Alhamdulillah, sekali lagi kami berjaya melaksanakannya dengan jayanya,” katanya sambil tersenyum.

Sewaktu merealisasikan perniagaan kerja-kerja mencuci ini, Pejan akui bahawa pada awalnya permintaan yang diterima agak perlahan. 

“Ketika itu, pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi. Sehingga saya terpaksa menjual sebuah motosikal Vespa kesayangan saya untuk rolling modal dalam perniagaan ini. 

“Tetapi Alhamdulillah, pelaburan dan doa yang tidak putus-putus, secara perlahan-lahan ia membuahkan hasil dan dikenali oleh ramai orang. 

“Permintaan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan BosBoss meningkat dengan baik. Kami juga sudah mempunyai halaman Facebook sendiri  untuk orang ramai lihat dan buat tempahan. 

“Saya juga rasa bersyukur dengan sokongan dan semangat yang diberikan oleh isteri dan kawan kawan. Merekalah yang banyak memberi tunjuk ajar dan penyebab diri saya tidak putus asa menjayakan BosBoss ini,” tambahnya lagi. 

Pejan juga turut menggunakan modal dan wang pelaburan dari duit poket sendiri. 

“Waktu pertama kali menjalankan perniagaan ini, sejujurnya ia tidak disokong mana mana pihak dan semuanya modal serta pelaburan guna duit poket sendiri saja.

“Masa itu tak payah katalah, hampir semua orang menjadi pelik sebab orang umur macam saya ini nak buat kerja-kerja mencuci. 

“Selalunya orang asing atau lebih tua yang buat kerja macam ini. Berkat kesabaran saya dalam mencari rezeki halal ini, lama-kelamaan mereka melihat permintaan pelanggan dari masa ke masa amat menggalakan,” katanya.

“Selepas itu, pandangan mereka terus berubah dan sudah menerima apa yang saya lakukan. Sedikit pun saya tidak berasa hati semasa mereka tidak yakin dengan apa yang saya mahu usahakan tetapi saya percaya selagi rezeki yang dicari halal, maka Allah pasti tolong kita,” ujarnya dengan rasa bersyukur. - Getaran, 14 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Konflik Sudan: Thailand Sedang Buat Persiapan Untuk Pindahkan Rakyatnya

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: “DAP Mahu Lebih Banyak Sokongan Melayu? Kena Usahalah!” - Howard Lee

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Pilih Mesin Basuh Tepat Untuk Cucian Lebih Mesra Alam 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini