Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Era 90-an Menyeronokkan, Pensyarah Lebih Bebas, Berupaya Hasil Penulisan Bermutu

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 1:04PM

Dr Jamaie Hamil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesanan diberikan seorang profesor ketika menuntut di peringkat Sarjana Muda mencambah minat Dr Jamaie Hamil untuk bergelar pensyarah.

Malah kata-kata semangat itu turut diaplikasikan dalam kehidupan dan kariernya sebagai Pensyarah Kanan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

“Saya bermula sebagai tutor di UKM pada April, 1993. Kemudian pada 2000 saya diserap menjadi pensyarah tetap. Ketika itu saya ditempatkan di Jabatan Sains Politik.

“Saya masih teringat sewaktu saya belajar Sarjana Muda dulu, profesor saya pernah berpesan, ‘siapa yang berminat untuk mengembangkan ilmu dia boleh meneruskan kerjaya sebagai pensyarah’.

“Saya memang berminat untuk mengembangkan ilmu yang saya ada. Pesanan itu juga diaplikasikan dalam kehidupan dan dunia kerjaya saya hari ini,” katanya kepada Getaran.

Dr Jamaie Hamil (kanan, kemaja putih) bergambar bersama pelajarnya di UKM.
Dr Jamaie Hamil (kanan, kemaja putih) bergambar bersama pelajarnya di UKM.

Menurut Jamaie, 56, peranan seorang pensyarah bukanlah sekadar mengajar dan menyelia pelajar semata-mata kerana skop tugas itu hari ini semakin meluas dan mencabar.

“Kalau ada orang kata semata-mata mahu bekerja sebagai pensyarah itu satu kesilapanlah. Tugas pensyarah bukan sebagai pendidik semata-mata tetapi juga sebagai seorang sarjana atau ahli fikir.

“Maksudnya di sini, pensyarah juga ahli fikir yang mana dalam tempoh 20, 30 atau 40 tahun akan datang, tulisan dihasilkan akan terus menjadi rujukan generasi baharu,” katanya.

Justeru bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, setiap pensyarah harus mempertahankan kesarjanaan mereka bagi menjaga imej dunia akademik.

“Kita harus mempertahankan kesarjanaan, jika gagal maka dunia akademik akan tercalar dan tercemar. Dunia akademik adalah dunia yang mempertahankan keilmuan. 

“Oleh sebab itu kita mengenali universiti-universiti hebat di dunia seperti Universiti Havard, Universiti Oxford dan Universiti Cambridge. Itu antara universiti yang mempertahankan kesarjanaan," katanya.

Tegas Jamaie, barisan universiti berkenaan tidak mengikut kehendak kapitalis yang mementingkan keuntungan dan kepentingan pemerintah.

"Mereka bukan sahaja mendidik tetapi mempertahankan nilai kesarjanaan dan juga falsafah,” katanya.

Malah akuinya, seiring peredaran zaman, pensyarah juga perlu menguasai ilmu teknologi perkomputeran dan pada masa sama melakukan tugas-tugas pengurusan.

“Sememangnya tugas pensyarah pada hari ini sangat-sangat mencabar. Dalam masa mengembangkan ilmu, kalau tak dapat kuasai ilmu perkomputeran, kita akan tertinggal.

“Kalau dulu pensyarah hanya seorang sarjana, tidak banyak melakukan tugas-tugas pengurusan tetapi sekarang kami terpaksa buat semua itu.

“Sebab itulah kita kena tahu dunia teknologi maklumat kerana banyak dokumen perlu dimuat turun dan didokumentasikan. Itu satu cabaran luar biasa yang perlu diharungi,” katanya.

Begitupun, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengakui amat merindui suasana tugas di awal kariernya.

“Sekitar 90-an dan awal tahun 2000, pensyarah pada ketika itu mempunyai autonomi. Jadi universiti tak paksa sama sekali nak buat penyelidikan atau cari duit hasilkan penerbitan. Jadi suasana bekerja itu amat menyeronokkan.

“Pensyarah sangat bebas dan tidak dipaksa orang lain. Nak jadi seorang sarjana itu tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa dia bukan sarjana, dia jadi guru, cikgu atau jurulatihlah yang ada jeneral di atas untuk arahkan sesuatu,” katanya.

Dr Jamaie Hamil bersama keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.
Dr Jamaie Hamil bersama keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.

Mengimbau kembali zaman tersebut, Jamaie berkata, mereka juga berupaya menghasilkan penulisan bermutu dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

“Waktu itu tak perlu (ambil kira) berapa ratus buku atau jurnal yang anda tulis tapi penghasilan terbaik yang pernah dihasilkan. 

“Atau dalam bahasa mudahnya, apabila kita dapat menulis sebuah buku, penulisan terbaik akan diiktiraf sebagai karier agung,” katanya.

Namun katanya, keadaan itu jauh berbeza dengan situasi dilalui pensyarah pada hari ini.

“Mungkin disebabkan banyak universiti awam dan juga swasta, nilai kesarjanaan itu tidak lagi jadi keutamaan. Sekarang pensyarah dikehendaki mencari wang dan penyelidikan untuk universiti.

“Malah hari ini sarjana hampir tidak punya nilai. Ia bergantung kepada berapa banyak penerbitan antarabangsa yang ditulis. Pastinya ia tidak meninggalkan karier agung kepada masyarakat umum tetapi hanya boleh dibaca lima hingga 10 pakar yang mengiktraf penulisan itu,” katanya.

Biarpun ramai bercita-cita mahu mengisi jawatan tertinggi dalam bidang akademik, berbeza pula dengan Jamaie yang lebih gemar mengambil pendekatan bersederhana dalam kariernya.

Katanya, beliau hanya mahu idea pemikirannya terus diterima pembaca terutamanya generasi akan datang.

“Saya tidak bercita-cita untuk jadi Naib Canselor mahupun Profesor Emeritus tetapi mahu terus menyumbang kepada dunia kesarjanaan dengan menghasilkan buku yang boleh dijadikan rujukan generasi baru.

“Idea penulisan saya itu juga bukan bersifat sementara tetapi ianya boleh diguna pakai pada bila-bila masa. Sebab itu kebanyakan tulisan saya selitkan unsur-unsur sejarah untuk menarik minat orang membacanya,” katanya yang sudah menghasilkan ratusan penerbitan akademik. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini