Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bidang Optometri Beri Kepuasan Tersendiri 

Ketahui skop kerjaya optometri, iaitu pengukuran ketajaman penglihatan dan penentuan kaca mata yang sesuai dari segi kuasa untuk memperbaiki penglihatan.

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bidang kesihatan mata merupakan suatu cabang kerjaya yang mungkin jarang diceburi. Apatah lagi terdapat pelbagai pekerjaan dalam ruang lingkup ini. 

Terdapat tiga pekerjaan profesional dalam dunia kesihatan mata yang kerap membuat orang awam terkeliru. 

Malah, ramai yang tidak dapat membezakan pekerjaan mereka yang bergelar pakar optometri (optometrist), pakar atau juru optik (optician) dan juga doktor atau pakar mata (ophthalmologist).

Seorang doktor atau pakar mata dikenali sebagai ophthalmologist dalam Bahasa Inggeris. Individu ini merujuk kepada seorang doktor perubatan yang mengkhusus dalam bidang kesihatan mata dan melakukan pelbagai diagnosis serta pembedahan ke atas mata. 

Optometri pula merupakan bidang pengukuran ketajaman penglihatan dan penentuan kaca mata yang sesuai dari segi kuasa untuk memperbaiki penglihatan.

Mereka yang mendalami ilmu ini dikenali sebagai pakar optometri, manakala mereka yang bekerja di kedai cermin mata sebagai wakil perkhidmatan pelanggan dan membantu menguji kesesuaian cermin mata dipanggil juru atau pakar optik (optician dalam Bahasa Inggeris).

Kita mungkin sering melihat kedai cermin mata dan menganggap ia hanyalah sebuah tempat untuk membeli kaca mata ataupun menguji tahap kerabunan seseorang.

Namun, pernahkah terfikir tentang mereka yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan tersebut. Minggu ini kami mendekati Siti Fairuz Mohd Sulaiman, seorang pakar optometri yang juga memiliki pusat optometrinya sendiri, untuk mengetahui skop pekerjaannya.

Siti Fairuz
Siti Fairuz

Kenapa anda memilih untuk menjadi pakar optometri?

Saya memilih bidang ini kerana ia menggabungkan unsur sains dan fesyen. Saya memang meminati bidang sains sejak sekolah, namun bidang optometri bukanlah satu cabang sains yang terlalu mendalam. Ia juga ada terapan unsur fesyen. Oleh kerana saya juga menyukai dunia fesyen, saya mengambil keputusan untuk mengkhusus dalam bidang ini.

Apakah kelulusan yang diperlukan untuk menjadi seorang pakar optometri?

Saya mendapat ijazah dalam bidang optometri di sebuah pusat pengajian tinggi swasta dan keseluruhan kursusnya mengambil masa sekitar empat tahun. 

Apakah pekerjaan sebenar pakar optometri?

Kami mempunyai kemahiran dalam bidang penglihatan. Kami boleh mengenal pasti keadaan rabun mata, mengulas tentang kesihatan mata dan membantu individu mendapatkan keselesaan maksimum dalam soal penglihatan. Kami juga arif dalam mencadangkan keperluan terapi, kanta lekap dan hal lain yang berkaitan.

Apakah perbezaan di antara seorang pakar optometri dan pakar optik?

Seorang pakar optometri perlu melengkapi kursus empat tahun untuk mendapat ijazah dalam bidang tersebut dan sijil kami berwarna hijau. Kami juga mampu mengenal pasti pelbagai keadaan kesihatan mata pada golongan dewasa dan kanak-kanak selain memberikan cadangan untuk keadaan seperti glaucoma, kejulingan mata dan seumpamanya.

Pakar optik pula tidak perlu menjalani kursus ijazah selama empat tahun tetapi perlu menjalani kursus khas yang lebih pendek. Sijil mereka pula berwarna biru dan ruang lingkup kerja mereka tertakluk kepada mengenal pasti kerabunan mata dan menguji kuasa pada mata dan cermin mata sahaja.

Apakah cabaran yang anda hadapi dalam bidang ini?

Pada saya cabaran paling besar adalah untuk membuat para pesakit dan pelanggan benar-benar faham tentang masalah kesihatan mata mereka kerana rata-rata rakyat Malaysia sering mengambil mudah tentang hal berkaitan kesihatan mata.

Apa yang paling anda suka tentang kerjaya anda?

Gabungan unsur sains dan fesyen dalam bidang ini adalah perkara yang paling saya suka tentang kerja saya. Selain beri nasihat tentang kesehatan mata saya juga boleh memberi cadangan tentang gaya kaca mata atau kanta lekap yang sesuai dan cantik untuk para pelanggan saya. Pada saya ini sesuatu yang sangat menarik. 

Siti Fairuz di hadapan pusat optometri miliknya.
Siti Fairuz di hadapan pusat optometri miliknya.

Apakah kepuasan yang anda perolehi daripada kerjaya ini? 

Saya berasa paling puas kala dapat memberi diagnosis tentang kondisi mata yang mungkin tidak diketahui oleh pelanggan saya. Selain itu, saya juga berasa senang hati saat memberi mereka penjelasan dan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mata. Lebih-lebih lagi saat mereka menghargai apa yang saya beritahu dan berkongsi ilmu yang telah dipelajari dengan rakan serta ahli keluarga mereka.

Pesanan buat mereka yang ingin menceburi bidang ini. 

Ia sangat menarik bagi mereka yang sukakan sains dan fesyen. Anda memerlukan pengetahuan dalam bidang fizik dan biologi untuk bidang ini. Selain itu, kalau sukakan fesyen anda akan lebih meminatinya kerana anda dapat menerapkan pandangan fesyen dalam kerja harian. Jadi, jika berminat cuba ambil tahu dan dalami bidang ini. - Getaran, 26 Januari 2022

Gambar: Siti Fairuz

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Hati-Hati Tawaran Pakej Badal Haji - MATA

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Mok Su Gayah Tenun Songket Dengan 'Mata Hati'

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Genggam Ijazah Kedoktoran, OKU Penglihatan Buntu Cita-Cita Jadi Pensyarah Belum Tercapai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

COVID-19: MATA Gesa Kerajaan Tangguh Kemasukan Pelancong China Ke Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 9 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini