Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Nuar, Suara ‘Voice Over’ Terkenal Malaysia!

Rupanya inilah wajah pemilik suara yang digunakan untuk bermacam jenis majlis anugerah dan iklan televisyen!

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 11:05AM

Khairul Anuar Azmi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Lah, suara mamat ni rupanya,”

Begitulah antara reaksi yang diberikan warganet setiap kali video Khairul Anuar Azmi melakukan voice over atau suara latar tular di media sosial.

Selama 15 tahun dalam bidang suara latar, jejaka yang lebih selesa disapa sebagai Nuar ini sudah melakukan pelbagai jenis iklan, acara berprestij negara dan program televisyen sepanjang penglibatannya. 

Terbaharu, Nuar dilihat menyumbang suara dalam acara Anugerah Drama Sangat 2021. Menerusi klip video pendek yang dikongsikan di aplikasi TikTok, rata-rata kagum dengan gaya penyampaian dan suaranya. 

“Asalnya saya seorang penerbit di Primeworks Studio. Bagi menghasilkan sesuatu kandungan kita mestilah akan mengarah pengacara kita. Jadi untuk melakukan itu, kita perlu ada ilmu asas kepengacaraan.

“Sama juga jika saya mahu mengarah seseorang untuk buat voice over, kita juga kena ada asas.

“Atas galakkan bos saya pada waktu itu, saya ambil inisiatif menyertai uji bakat di HotFM untuk belajar bagaimana melakukan voice over. Supaya nanti bila saya nak mengarahkan talent, saya tahu serba sedikit mengenainya.

“Saya masih ingat bermula dari itu, tiba-tiba Sharifah Aleya yang juga seorang penyampai radio pada waktu itu mengatakan yang saya berbakat. Jadi saya berlatih dan mendapat banyak tawaran melakukan suara latar sejak itu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Nuar juga tidak menidakkan cabaran untuk melakukan pekerjaan ini. Sewaktu awal penglibatannya dahulu, dia pernah menerima pandangan yang kurang senang daripada klien. Maklum sahajalah, Nuar masih baru.

Bukan itu sahaja, antara cabaran lain yang dihadapinya apabila Nuar pernah berhadapan dengan situasi di mana dia harus membacakan voice over untuk majlis anugerah berprestij yang disiarkan secara langsung dalam keadaan tekak yang sakit.

Nuar harus bertahan dan memastikan ia tidak mengganggu kelancaran majlis. 

“Baru-baru ini semasa Anugerah Drama Sangat, tekak saya sakit dan suara saya tengah serak. Sebabnya, saya banyak rakam voice over dan tidak menjaga suara.

“Pagi itu saya memang minum air lemon madu panas dan tekak saya perlahan-lahan pulih,” ceritanya. 

Siapa sangka jejaka berusia 37 tahun juga tidak pernah terlepas berdepan dengan kecaman. 

“Saya pernah buat suara latar untuk program 'Melodi'. Tapi saya buat satu episod sahaja kerana ada yang kecam saya di website. Mereka mahu Faizal Ismail sahaja,” jelasnya.

Zaman berganti zaman, Nuar kini merupakan antara penyampai suara latar yang disegani di Malaysia. Dia mula mendapat perhatian khususnya bagi generasi muda.

Atas permintaan ramai, Nuar menjadikan media sosial sebagai tempatnya berkongsi bakat dan ilmu.

Melalui medium Instagram dan Telegram, Nuar mewujudkan Persatuan Si Pencerita yang mengajak pengikut aplikasi itu untuk berlatih satu voice over setiap hari.

Sehingga hari ini, Nuar menerima pelajar tidak hanya dari Malaysia malah Indonesia, Singapura, Brunei dan London.

“Saya sebenarnya pemalu di media sosial sebab saya bukanlah orang yang biasa di depan kamera. Saya cipta Instagram khas untuk pekerjaan ini dan tak sangka ramai yang minat dan ikut serta.

“Kemudian kami buat kelas. Bila dah ramai, jadilah persatuan ini. 

“Hasil daripada kelas saya, Alhamdulillah ada yang dapat kerja. Terutamanya di Best FM. Ada juga yang menerima tawaran di beberapa program televisyen. Rezeki mereka,” katanya. 

Bagi Nuar, sesiapa sahaja boleh mencuba untuk menceburi bidang voice over. Tidak semestinya perlu lahir dengan suara yang sedia ada lunak.

“Ramai yang menganggap kena ada suara sedap untuk berkecimpung dalam bidang ini. Sebenarnya tidak. Semua boleh buat cuma perlu memilih teknik yang betul.

“Dalam voice over, kita ada banyak jenis kategori. Kalau Anugerah Juara Lagu kena ada suara bass, tapi kalau animasi tidak boleh suara macam saya sebab ia akan kedengaran macam komersial,”jelasnya.

Melihat kepada ramai yang mula berjinak-jinak melakukan voice over, pesanan Nuar ini ada asasnya.

“Pesan saya kepada sesiapa yang mahu memasuki bidang ini perlu ada satu cara fikir yang betul. Jangan sangka, bila sudah berlatih akan terus dapat kerja atau bila buat kerja ini automatik jadi kaya. Jadi, kita kena buang dahulu pemikiran seperti ini.

“Kemudian perlu rajin berlatih. Zaman saya tak ada kelas pun macam mana nak buat voice over. Saya buka radio dan tiru gaya penyampaian mereka. Kemudian berlatih setiap hari satu voice over.

“Yang terakhir, kita kena rajin buat networking. Dulu kita kena kejar penerbit. Sekarang kita boleh promosikan diri melalui media sosial. Seterusnya tawakal dan doa, mesti akan dapat.

“Jangan kecewa dan dengki dengan rezeki orang lain,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 29 Disember 2021

Gambar: Nuar Storyteller

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030