Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Editor Penterjemah Braille, Semarak Minat Membaca OKU Penglihatan

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 4:09PM

Umashangari menggunakan perisian Duxburry Braille untuk membuat proses penterjemahan Braille. - Gambar oleh Zaidi Azmi

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi kebanyakan orang, membaca mungkin semudah ABC namun, realiti buat Umashangari Selvamani adalah sebaliknya.

Untuknya, membaca adalah satu kesukaran yang terpaksa dihadapi sejak di bangku sekolah sehinggalah dia tamat pengajian di sebuah menara gading terkemuka negara.

Payah jerih yang diharungi wanita yang berusia 34 tahun itu bukanlah kerana dia buta huruf ataupun dibebani kelembaman otak, sebaliknya ia disebabkan oleh kekurangan bahan bacaan dalam tulisan Braille.

Umashangari Selvamani
Umashangari Selvamani

“Memang tak ada bahan bacaan dalam Braille di universiti,” kata Umashangari, yang lebih mesra disapa sebagai Uma, dalam satu temubual dengan Getaran di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di sini, semalam.

Buat mereka yang tidak tahu, Braille adalah sejenis sistem tulisan sentuhan digunakan oleh orang buta, dihasilkan anak seorang tukang kulit dari Perancis, Louis Braille.

Abjad Braille terdiri daripada sel yang dibentuk dengan kombinasi enam titik timbul.

Perisian Duxburry Braille Translation yang mampu menukar teks normal menjadi tulisan Braille.
Perisian Duxburry Braille Translation yang mampu menukar teks normal menjadi tulisan Braille.

“Masa saya belajar dahulu saya akan minta tolong kawan-kawan yang celik untuk membacakan nota, maklumat dalam buku teks untuk saya terjemahkannya dalam Braille menggunakan mesin taip khas.

“Saya terpaksa pakai mata orang lain, nak buat lagu mana, dah mata saya tak berfungsi sejak saya lahir lagi,” seloroh anak kelahiran Taiping, Perak itu dalam loghat utara yang pekat.

Enggan membiarkan mereka yang senasib dengannya mengharungi payah jerih yang serupa, Uma membuat keputusan untuk menjadikan penterjemah Braille sebagai kerjayanya sepenuh masa.

Contoh gambar rajah daripada buku asli yang perlu diterjemah dalam Braille.
Contoh gambar rajah daripada buku asli yang perlu diterjemah dalam Braille.

“Memang kita tak dapat bekalkan bahan bacaan Braille yang banyak dan berbeza-beza kepada pelajar tapi sekurang-kurangnya dapat menterjemah buku teks pun sudah memadai.

“Memadai sebab inilah bahan bacaan utama untuk pembelajaran,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.

Abjad Braille terdiri daripada sel yang dibentuk dengan kombinasi enam titik timbul.
Abjad Braille terdiri daripada sel yang dibentuk dengan kombinasi enam titik timbul.

Menterjemah “buku celik”, terma digunakan untuk buku-buku konvensional kepada Braille memakan masa yang agak lama.

Ini kerana, jelas Uma, satu helaian muka surat daripada sebuah buku celik lazimnya bersamaan dengan sekurang-kurangnya tiga muka surat Braille.

Mesin Embosser yang digunakan untuk mencetak timbul tulisan Braille.
Mesin Embosser yang digunakan untuk mencetak timbul tulisan Braille.

Dan ini jugalah penyebab mengapa buku dalam tulisan Braille selalunya agak tebal dan mempunyai banyak jilid berbanding buku celik.

“Bahan-bahan yang kami gunakan untuk tujuan penterjemahan adalah sama ada dalam bentuk salinan fizikal atau salinan lembut (soft copy).

“Kalau diberi bahan daripada salinan fizikal, kami memerlukan bantuan untuk bahan itu dibaca ataupun ditaip dalam komputer bagi membolehkannya diterjemah kepada Braille,” kata Uma.

Kertas yang digunakan untuk mencetak timbul tulisan Braille adalah lebih tebal daripada kertas yang biasa digunakan pada buku-buku konvensional.
Kertas yang digunakan untuk mencetak timbul tulisan Braille adalah lebih tebal daripada kertas yang biasa digunakan pada buku-buku konvensional.

Terdapat dua perisian yang digunakan untuk kerja-kerja penterjemahan Braille, iaitu ‘Job Access with Speech’; sebuah perisian penukar teks ke tutur, dan Duxburry Braille Translation yang merupakan penukar teks ke Braille.

Selepas teks selesai diterjemah, ia akan dicetak timbul menggunakan mesin ‘Braille Embosser’.

“Kertas yang digunakan berlainan saiz dan ketebalan berbanding yang selalu digunapakai untuk membuat buku. Kita guna kertas yang tebal sikit sebab tak mau ia keronyok bila masuk embosser.

“Kalau ada gambar rajah yang perlu dicetak, acuannya akan dihasilkan oleh pekerja yang celik menggunakan pelbagai jenis barang seperti benang, butang dan sebagainya.

“Selepas itu, gambar rajah tersebut akan dicetak menggunakan kaedah ‘thermoform’,” jelas Uma.

Kertas plastik Brailon yang digunakan untuk mencetak timbul gambar rajah menggunakan kaedah thermoform.
Kertas plastik Brailon yang digunakan untuk mencetak timbul gambar rajah menggunakan kaedah thermoform.

Pencetakan thermoform adalah proses pembuatan yang menyaksikan helaian plastik dipanaskan ke satu suhu bagi membolehkan ia dilentur dan dibentuk mengikut acuan.

Kertas plastik yang digunakan bernama Brailon dan ia hanya dijual di Amerika Syarikat.

“Penulisan Braille mempunyai dua gred, iaitu gred 1 dan 2. Dalam Gred 1, setiap perkataan akan dieja sepenuhnya manakala Gred 2 pula menggunakan singkatan tertentu yang sudah diselaraskan.

“Kalau untuk buku teks sekolah, bagi tahun 1-3, kami menggunakan penulisan Gred 2, iaitu cetakan hanya pada sebelah muka surat. Tujuannya tidak mahu murid terkeliru kerana mereka baru belajar membaca.

Uma berkata, penulisan Gred 2 akan digunakan untuk murid tahun empat dan ke atas, iaitu cetakan pada kedua-dua belah muka surat.

Ini adalah tahun keempat Uma bekerja sebagai penterjemah buku Braille dan menurutnya beliau berpuas hati dengan tugas itu meskipun kadang kala ia agak meletihkan.

“Semasa kecil, saya memang ada terniat dalam hati bahawa jika berpeluang, saya mahu membanyakkan buku-buku Braille.

“Saya tak sangka saya boleh buat benda itu pada hari ini,” luahnya. - Getaran, 8 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini