Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kita Adalah Warisan Dan Budaya ‘Hidup’ kata GTWHI Kepada Penduduk Pulau Pinang

Dr. Ang Ming Chee menyeru warga Pulau Pinang untuk melihat pada diri sendiri dan meraikan budaya serta warisan masing-masing sempena Hari Warisan Dunia Bandar Raya George Town.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 7:23PM

Walaupun sudah berusia 185 tahun, Kwongtuck Sundries adalah antara perniagaan yang menggunakan platform digital untuk menjual produk mereka. Gambar: Ihsan GTWHI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun berasa lega kerana Pulau Pinang telah beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersempena Hari Warisan Dunia George Town, tiada sambutan besar yang akan diadakan di jalanan seperti tahun-tahun lalu.

Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) Dr. Ang Ming Chee memberitahu portal The Vibes, hanya acara dalam talian sahaja yang akan diadakan bersempena sambutan tersebut. 

Ini termasuk teater beraudio lengkap, teater digital, tayangan konsert, filem pendek dan juga drama dokumentari selain sesi perkongsian dan aneka bengkel dari 10 hingga 18 Julai.

Lebih penting lagi Ang juga memberitahu bahawa penduduk Pulau Pinang harus sedar bahawa merekalah warisan ‘hidup’ yang menyumbang kepada kepelbagaian budaya serta warisan George Town. 

“Saya mengatakan ini kerana warisan yang kita punya adalah cara hidup kita, ilmu pengetahuan tentang budaya kita, bertutur dalam bahasa ibunda sendiri, cara kita mengamalkan agama masing-masing dan juga makanan tradisional yang kita makan.

“Dengan melihat diri kita sendiri, kita akan menemui jawapan kepada kepelbagaian budaya serta warisan sendiri. Kepelbagaian ini merupakan aset kita,” katanya. 

Lantas untuk memperingati Hari Warisan Dunia George Town, Ang mencadangkan supaya rakyat Pulau Pinang terus mengamalkan agama masing-masing dan menyedari identiti kita dengan memperkukuhkan hubungan bersama ahli keluarga dan cakna akan warisan serta budaya kita hari ini dalam makanan yang kita nikmati.

Beliau juga menggalakkan mereka yang mampu untuk berbelanja, menyokong perniagaan tempatan melalui Kempen Jualan Murah Hari Warisan 7/7.

Ia merupakan pendekatan proaktif GTWHI untuk mempromosi produk dari 21 kedai di George Town dan Pulau Pinang ke pasaran yang lebih luas dan mengukuhkan kerjasama dengan sektor swasta.

Pertandingan Foto #GeorgeTownHeritage juga telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran kepelbagaian warisan budaya George Town melalui gambar dan kisah orang awam. 

Gambar: Geraldine Ng, Unsplash
Gambar: Geraldine Ng, Unsplash

Sementara itu, Ang akan mewakili Bandar Raya Warisan George Town untuk Forum Pengurus Tapak Warisan Dunia atau World Heritage Site Managers’ Forum yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 13 Julai nanti.

Sebagai sumber utama dan speaker forum, beliau akan menekankan pengalaman George Town dalam menghadapi impak COVID- 19. 

“Hidup tetap berterusan kendati pandemik. Dan GTWHI komited untuk memainkan peranan dalam pendekatan pengurangan risiko berteraskan komuniti untuk mempersiapkan diri kita demi cabaran  serta penerimaan perubahan.

“Warisan budaya telah dan akan terus menjadi aset kami untuk meraih keadaan normal kembali. Kita perlu bekerjasama untuk menghadapi cabaran pada saat genting ini. 

“Kita merupakan salah satu tapak warisan paling dikenali di dunia biarpun sempadan antarabangsa masih tertutup. 

“Dengan melobi dan mempersembahkan George Town di Forum Pengurus Tapak Warisan Dunia sambil mengekalkan momentum, saya mampu katakan kita bukan sahaja terkenal tetapi juga antara yang terbaik,” ulasnya lagi.

Gambar: Heng, Unsplash
Gambar: Heng, Unsplash

Ang akan menghadiri dan mempersembahkan George Town kepada dunia di Forum Pengurus Tapak Warisan Dunia yang ke-44 hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang sebagai sebuah hab budaya di Malaysia telah menunjukkan bahawa penduduknya mampu menyesuaikan diri dan menerima perubahan. 

“Ini merupakan satu masa yang luar biasa berserta cabaran yang luar biasa juga. Namun kita dapat lihat penduduk berbilang kaum, agama dan budaya semuanya beradaptasi dengan amalan tradisional masing-masing dalam kehidupan harian.

"Aktiviti keagamaan dan kebudayaan kini berpusat di rumah. Wadah-wadah digital dibawa masuk untuk mewujudkan suasana kebersamaan komuniti. 

“Perniagaan tempatan termasuk yang sudah ada sejak sekian lama seperti Restoran Hameediyah (yang dibangunkan sejak 1907) and Kwongtuck Sundries (ditubuhkan sejak 1836), kini menjual produk mereka di platform digital.

Gambar: Ihsan GTWHI
Gambar: Ihsan GTWHI

“Mereka juga menggunakan e-dompet sepenuhnya selain perkhidmatan penghantaran untuk mempromosi perniagaan masing-masing. 

“Perniagaan-perniagaan ini sudah berusia lebih 100 tahun namun kekal kompetitif hari ini kerana mereka beradaptasi dengan perubahan hari esok,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.

Walaupun GTWHI telah merancang pelbagai aktiviti sambutan untuk hari ini namun semuanya terpaksa dibatalkan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

George Town telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7 Julai 2008, berdasarkan Nilai Universal Luarbiasa atau Outstanding Universal Value (OUV) berpandukan kepelbagaian budaya yang dipaparkan dan diterapkan melalui warisan yang dihidupkan dan terbina. – Getaran, 7 Julai 2021

Gambar: Yaopey Yong, Unsplash
Gambar: Yaopey Yong, Unsplash
Gambar: Moto-moto, Unsplash
Gambar: Moto-moto, Unsplash
Gambar: Yaopey Yong, Unsplash
Gambar: Yaopey Yong, Unsplash
Gambar: Yaopey Yong, Unsplash
Gambar: Yaopey Yong, Unsplash

Diolah oleh- Shah Shamshiri

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini