web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Cina Ipoh Pamer Seni Bina Unik

Masjid Muhammadiah adalah satu-satunya masjid luar China mengguna 'bumbung panjang' dan 'bumbung lima' yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 9:05AM

Gambar: MACMA.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Muhammadiah yang dibangunkan mengikut seni bina Cina di Taman Tasek Jaya di sini, bukan setakat menarik umat Islam beribadat malah ia menjadi tumpuan masyarakat bukan Islam untuk mengunjunginya.

Selain memiliki seni bina unik masyarakat cina, masjid yang lebih dikenali dengan panggilan Masjid Cina oleh penduduk negeri ini itu turut mempunyai pelbagai aktiviti menarik sejak kemudahannya dibuka.

Masjid Muhammadiah bernilai lebih RM4 juta itu mula dibina pada 24 November 2011 atas tapak seluas 3,776 meter persegi dan siap pada Julai 2013 dan mula digunakan untuk solat mulai Ogos tahun sama. 

Gambar: OrangPerak.com
Gambar: OrangPerak.com

Ia dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 18 Julai 2014.

Sultan Nazrin ketika menjadi Raja Muda Perak dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memberi sokongan kuat kepada pembinaannya termasuk menyalurkan sumbangan Baitulmal RM2 juta, di samping peruntukan Kerajaan Persekutuan RM1 juta, Kerajaan Perak (RM500,000) serta derma orang ramai termasuk MACMA (RM1 juta).

Gambar: Masjid Muhammadiah, Ipoh
Gambar: Masjid Muhammadiah, Ipoh

Di Malaysia pada waktu ini, hanya terdapat tiga masjid bercirikan seni bina Cina iaitu di Perak, Melaka dan Kelantan.

Namun, Masjid Muhammadiah adalah satu-satunya masjid luar China mengguna 'bumbung panjang' dan 'bumbung lima' yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina dengan pembinaan dan pemasangannya diselia juruteknik beragama Islam dari negara itu yang berkhidmat secara percuma demi dakwah di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadiah, Hafiz Ng Abdullah berkata, berbeza dengan bangunan Cina yang meletakkan imej naga pada bucu bumbung, Masjid Muhammadiah meletakkan imej bulan sabit, manakala hiasan motif bunga teratai digantikan dengan bunga raya yang juga Bunga Kebangsaan.

Gambar: Itc.gov.my
Gambar: Itc.gov.my

Katanya, ia sekali gus meletakkannya sebagai satu-satunya bumbung seni bina Cina di dunia mempunyai hiasan dan motif sedemikian dan kami sudah mendapat hak cipta terhadap pembinaan berkenaan.

"Selain bumbung, reka bentuk turut menggunakan identiti Cina seperti penggunaan warna merah, penanaman pokok buluh, geometri serta menara dan pintu gerbang, selain tulisan Cina pada mimbar yang memetik terjemahan ayat al-Quran dan di pintu masuk yang menyatakan mengenai Rukun Islam.

"Keunikan masjid ini juga turut menarik perhatian pelancong asing dan tempatan untuk singgah menyebabkan kebiasaannya seorang ahli jawatankuasa bertugas menjadi 'pemandu pelancong' terutama pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

"Namun disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tiada sebarang aktiviti seperti kebiasannya namun masjid masih diimarahkan dengan jumlah yang ditetapkan untuk solat berjemaah," katanya.

Gambar: MACMA.my
Gambar: MACMA.my

Hafiz Ng berkata, keunikan seni bina masjid itu juga menyebabkan ada masyarakat bukan Islam terutama dalam kalangan pelancong asing menyangka ia adalah tokong dan masuk untuk berdoa.

Katanya, pembinaan masjid itu juga membantu mengubah minda masyarakat bukan Muslim bahawa memeluk Islam bukan bermakna 'masuk Melayu' sebaliknya mereka masih boleh mengekalkan budaya, seni bina, bahasa serta makanan tradisi Cina yang diamalkan selama ini. - Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang