Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rumah Agnes Keith Katanya Berhantu. Mahu Cuba Bermalam Di Sana?

Ini berita untuk mereka yang sukakan hal-hal paranormal. Rumah Agnes Keith di Sandakan bakal dipromosikan sebagai tempat pelancongan. Katanya boleh bermalam di sana tidak lama lagi. Mahu cuba?

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 8:50AM

Rumah Agnes Keith di Sandakan, Sabah. Gambar: Google Places

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Sabah bercadang mempromosikan satu segmen pelancongan yang di luar kebiasaan dengan sasarannya ialah pelancong yang kuat semangat.

Mengulas perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata segmen tersebut melibatkan kawasan 'berhantu' yang sering dikaitkan dengan lokasi bersejarah di negeri berkenaan.

“Sekarang ini di seluruh dunia, ada sejenis segmen ‘dark tourism’ yang menyasarkan kelompok tertentu dan ramai yang berminat tentang segmen ini.

“Namun segmen ini memerlukan seseorang yang berani, justeru mereka yang lemah semangat, jangan cuba-cuba (menyertai aktiviti ini),” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Agnes Keith, di sini hari ini.

Gambar: Laman Facebook Sandakan North Borneo
Gambar: Laman Facebook Sandakan North Borneo

Jafry berkata Jabatan Muzium Sabah menawarkan produk baharu itu bagi menarik lebih ramai pelawat mengunjungi Rumah Agnes Keith, khususnya mereka yang berminat dalam aktiviti paranormal, untuk bermalam di kediaman tinggalan zaman kolonial British tersebut. 

“Lokasi ini (Rumah Agnes Keith) merupakan kediaman bersejarah semasa era pentadbiran British dan antara tarikan pelancong di Sandakan.

Bangunan ini merupakan mercu tanda kewujudan kuasa Barat di Sabah dan tempat ini harus dijaga sebaik mungkin kerana sudah menjadi sebahagian daripada warisan Sabah,” katanya.

Penolong Kurator Muzium Sabah Safinah Yusop berkata rancangan untuk menjadikan Rumah Agnes Keith sebagai produk pelancongan akan dibentang kepada kementerian berkenaan dalam masa terdekat.

Diharapkan produk ini dapat ditawarkan sebaik sahaja Sabah membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa, katanya, menambah pelawat boleh memilih berkhemah di luar bangunan atau membawa beg tidur dan bermalam di dalam rumah, selepas membayar caj tertentu.

Gambar: Laman Facebook Sandakan North Borneo
Gambar: Laman Facebook Sandakan North Borneo

“Idea ini tercetus selepas pelancong asing memberitahu mereka diselubungi perasaan seram sebaik sahaja memasuki rumah itu, namun tiada seorang pun yang mengaku ternampak (hantu).

“Kisah mengenai hantu di rumah itu hanya tersebar dalam kalangan penduduk setempat. Ada yang kata mereka nampak seseorang mengintai dari tingkap, manakala yang lain pula kata ternampak wanita di atas bumbung rumah,” katanya.

Rumah Agnes Keith dinamakan bersempena seorang penulis Amerika Syarikat yang dikenali menerusi autobiografi beliau semasa tinggal di Sandakan bersama suaminya, Harry Keith, seorang pemulihara hutan berbangsa Inggeris, pada 1930-an.

Dalam karyanya itu, beliau menceritakan tentang penampakan lembaga serta insiden-insiden misteri di rumah berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 5 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 6 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi