Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Escape Ipoh Gamit Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 8:26PM

Escape Ipoh, satu lagi tarikan baharu di Perak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kebiasaannya mengunjungi mana-mana taman tema pastinya disajikan pelbagai aktiviti lasak serta mendebarkan yang sekali gus akan mencabar ketahanan fizikal serta menjadi medan terbaik menguji adrenalin tatkala mengharungi pelbagai sukan ekstrem pada aras tinggi.

Namun begitu, ada sesuatu kelainan dan keistimewaan tersendiri ditawarkan di Taman Inspirasi Alam Semulajadi (ESCAPE) Ipoh yang bakal dibuka kepada pengunjung dalam masa terdekat, sekali gus menjadikannya berbeza dengan taman tema lain sedia ada. 

Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya lpoh, taman seluas 56 hektar itu menawarkan lebih daripada 15 aktiviti lasak dan bersesuaian dengan semua peringkat umur dan ia pastinya tidak sekadar bakal menjadi syurga buat peminat sukan ekstrem.

Bagi mereka yang merindui nostalgia kehidupan kampung apabila ia dilatari dengan suasana pemandangan menghijau ladang kelapa sawit serta gabungan sukan ekstrem dan permainan tradisional sekali gus menciptakan keseronokan baharu di taman tema tersebut.

Seolah-olah mengimbau kembali keseronokan zaman kanak-kanak, itu antara pengalaman yang dirasai sekumpulan media tatkala diberi peluang mencabar diri dengan pelbagai permainan lasak di taman tema berkenaan sempena Media Explore ESCAPE TT5 baru-baru ini. 

Aktiviti lasak 'monkey business' misalnya mempunyai elemen permainan lompat tikus yang menjadi kegemaran kanak-kanak zaman dahulu selain pelbagai mainan ekstrem lain seperti gecko tower, flying lemur, slingshot, jumping jack, aerobat, boat rides dan banana flip.

Mengajukannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Anuar Zainal Abidin, beliau berkata memang ada aktiviti lasak di situ mengetengahkan nilai  permainan  tradisional yang seterusnya membawa pengunjung mengimbau kembali nostalgia ketika zaman kanak-kanak.

Apatah lagi, apabila mereka boleh melakukan aktiviti perkhemahan serta menerokai keindahan tasik yang asalnya lombong bijih timah dengan rumah bot pada harga sangat berpatutan sekali gus bakal menjadi tarikan terbaik untuk membawa keluarga bercuti di taman tema tersebut.

"Keistimewaan ESCAPE Ipoh, pengunjung boleh bermalam kerana melakukan aktiviti lasak pastinya tidak cukup satu hari.  Menariknya juga, mereka dibenarkan membawa makanan dan minuman luar.

"Tidak perlu bimbang dengan keselamatan kerana kawasan ini dikawal 24 jam. Membawa keluarga bermain di sini adalah selamat dan kami juga sentiasa pastikan penyelenggaran taman tema ini mengikut jadual," katanya. 

Pembinaan taman tema ini yang bermula sejak tahun lepas dan siap fasa pertamanya pada suku pertama tahun ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM30 juta, tentunya akan menjadi tarikan terbaharu di bandar raya yang terkenal dengan nilai sejarah dan tumpuan kafe hipster ini.

Apatah lagi, lokasinya terletak di sekitar kapal korek bijih timah Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 (TT5) Tanjung Tualang yang juga destinasi pelancongan dan OOTD (tempat merakam gambar dengan pakaian yang dikenakan hari itu) bagi mereka yang gemar bergambar.

Projek yang dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) menerusi syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), MB Inc sebagai penyedia tapak dan Sim Leisure Group (SLG) pelaksana projek, diharap dapat merancakkan lagi sektor pelancongan Perak.

"Kami bukan sahaja mahu menarik pengunjung tempatan tetapi juga pelancong luar seperti dari Singapura, Thailand untuk menikmati keseronokan ESCAPE Ipoh. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung setahun ke taman tema ini," katanya.

Tidak hanya itu, beliau berkata, kewujudan taman tema tersebut juga berpotensi memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan ini juga sebagai permulaan untuk lebih banyak lagi tarikan lain yang bakal dibina di sekitar kawasan TT5. 

"Selain itu, kita dapat mencapai impian kerajaan Perak iaitu perlombongan bertanggungjawab yang merupakan elemen yang kita hendak tonjolkan kepada orang ramai kerana walaupun kita membuat sebarang pembangunan atau pembinaan di kawasan warisan, mineral atau lombong tanpa menjejaskan apa-apa pun alam semula jadi.

"Apabila ESCAPE Ipoh ini diwujudkan, ia menjadi satu contoh kepada pemuliharaan alam sekitar iaitu keseimbangan antara kemajuan dan alam semula jadi itu wujud," katanya. – BERNAMA 

Kredit foto dan video: Bernama, Escape Ipoh, FB Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan Perbadanan Menteri Besar Perak 

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 19 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN

Selera 23 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN