Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


The Sleeper: Menelusuri Malam Paris-Nice Yang Romantis

Perkhidmatan kereta api malam Paris-Nice kembali beroperasi setelah empat tahun dihentikan sejak 2017.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:00AM

Gambar AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta api legenda yang membawa pelancong melalui Perancis ke Mediterranean selama hampir satu abad telah kembali ke landasan sebagai sebahagian dari inisiatif kerajaan Perancis untuk menghidupkan kembali perjalanan kereta api malam. 

Perdana Menteri, Jean Castex adalah antara penumpang yang lena tidur ketika Kereta Api Paris-Nice bergerak melintasi desa-desa permai dalam perjalanan yang memakan masa 12 jam semalaman, dari Khamis hingga Jumaat dengan enam perhentian di sepanjang Riviera.

Pemulihan penerus kepada The Blue Train ini - yang menewaskan Orient Express kerana kemasyhurannya pada zaman kegemilangan perjalanan kereta api Eropah di awal 1900 - menandakan titik perubahan di negara yang mempelopori landasan berkelajuan tinggi kereta api kelajuan tinggi *TGV ini.

Turut dikenali sebagai ‘The Sleeper’, Kereta Api Paris-Nice akan beroperasi pada setiap hari antara Paris dan Nice di kedua-dua arah dan memerlukan waktu dua kali lebih lama berbanding TGV untuk menyelesaikan perjalanan hampir 1.088km.

Namun kereta api malam ini menawarkan ruang tidur dari hanya 29 Euro (USD$35), berbanding TGV Paris-Nice yang kebiasaannya berharga lebih 100 Euro (USD$122) sehala. Ia bertujuan menjadikannya sebagai perkhidmatan kereta api lintas-negeri yang berpatutan untuk semua. 

Sebelumnya, Kereta Api Paris-Nice telah dihentikan empat tahun lalu kerana faktor kos. Pada saat Perancis sedang berjuang untuk menurunkan kadar pelepasan karbonnya, kereta api malam ini dilihat lebih gunawan berbanding kereta atau pesawat, kata pejabat Castex kepada AFP.  

Gambar John Jason, Unsplash
Gambar John Jason, Unsplash

Pengalaman Pro dan Kontra

Penumpang, Eric Delasimone, seorang pengarah kewangan yang sedang dalam perjalanan berkata, pesona kereta api malam Paris-Nice tidak akan dapat anda rasai di TGV.

“Anda masuk dan tidur bertemankan ‘kebisingan’ besi landasan; dan bayangkan perjalanannya. Ia mempunyai sisi yang puitis dan sangat eksotik,” ujarnya. 

Pengembara, Nicolas Forien dan Alice Billon, yang merupakan sebahagian persatuan “Oui au train de nuit” ( Ya Kepada Kereta Api Malam), mengatakan mereka teruja berada di dalam kereta api malam ini tetapi berharap ia bakal dilengkapi dengan lebih baik di masa hadapan. 

“Kami berasa sedikit kecewa kerana gerabaknya tidak diubah suai,” luah Billon.

The Blue Train - yang digelar berikutan warna biru gerabaknya dengan kemasan emas - dilancarkan pada tahun 1886 untuk membawa perjalanan antarabangsa ke French Riviera dari pelabuhan utara Calais (lokasi penumpang-penumpang tiba dengan feri dari Britain dan Paris).

Destinasi utamanya adalah bandar Nice, lokasi kegemaran pelancong Amerika Syarikat dan Britain yang kaya-raya. Mereka dijamu dengan makan malam lima hidangan, sebelum menyelinap ke dalam selimut empuk di ruang tidur berpanel kayu oak, lengkap pelayan peribadi. 

Menjelang 1930an, gerabak kelas kedua dan ketiga telah ditambah untuk pelancong tempatan kelas pertengahan. Sejak pesawat mulai melintasi laluan Paris-Nice dan gerabak mula padat dengan enam katil bertingkat, kereta api mewah ini sudah mula kehilangan nilai pesonanya. 

Kos penyelenggaraan semakin tinggi. Akhirnya pada 2017, kerajaan Perancis memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan kereta api malam di semua laluan kecuali laluan Paris-Briancon di Alps dan laluan Cerbere di Pyrenees.

Namun tahun lalu, Presiden Emmanuel Macron mengubah keputusan. Macron mengumumkan rancangan untuk menghidupkan kembali kereta api malam Paris-Nice sebagai sebahagian program pelaburan untuk perkhidmatan landasan kereta api yang bernilai 5.3 bilion Euro. 

Christophe Fanichet selaku Ketua Eksekutif SNCF berkata, penghidupan semula perkhidmatan kereta api malam ini ditujukan, terutamanya untuk populasi dan golongan muda yang prihatin terhadap pelepasan karbon, juga harga. 

Malah tiket ‘The Sleeper’ untuk laluan antara Paris dan Nice sudah habis terjual untuk minggu ini. 

Prospek Masa Hadapan

Menteri Pengangkutan, Jean-Baptiste Djebbari berkata pada Januari lalu dia berharap kereta api malam Paris-Nice dapat melintasi lebih banyak laluan menjelang 2030, dengan laluan Kereta Api Paris-Tarbes berdekatan Sepanyol bakal dihidupkan semula selepas ini. 

Lebih-lebih lagi, Perancis menanam hasrat untuk menambah lebih banyak perkhidmatan kereta api malam yang beroperasi antara ibu kota, wilayah dan bandar-bandar di negara-negara Eropah yang lain. Di seluruh Eropah, perkhidmatan kereta api malam semarak kembali.

Namun sebilangan syarikat kereta api berhati-hati untuk membawa kembali ruang tidur dalam gerabak mereka berikutan ancaman COVID-19. Bagi menghadkan penularannya, ruang tidur hanya terhad kepada empat orang penumpang sahaja buat masa ini. – AFP, 3 Jun 2021

(TGV adalah singkatan untuk Train à Grande Vitesse yang bermaksud kereta api kelajuan-tinggi. Ia adalah perkhidmatan rangkaian landasan berkelajuan tinggi Perancis, dibangunkan oleh GEC-Alsthom (kini Alstom) dan SNCF) 

Gambar di dalam kereta api oleh AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

MP Sedia Sokong PMX Jika Lesen Keretapi Dilulus

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

3

TARA 6 bulan yang lalu

5 Kereta Api Tidur Terbaik Di Dunia Untuk Inspirasi Pengembaraan 

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Penumpang Jatuh Atas Landasan Kereta Api Di Woodlands, Telah Dibawa Ke Hospital - KTMB

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi