Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengejar Matahari Terbit Di Jubakar Pantai

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 4:03PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Dalam kalangan peminat fotografi landskap, nama Jubakar Pantai yang terletak menghadap Laut China Selatan pasti berada dalam senarai impian mereka kerana lokasi itu menawarkan satu pengalaman berbeza apabila merakam magis matahari terbit.

Jurugambar sepenuh masa, Raja Noor Kamal Raja Hussin, 53, berkata, Jubakar Pantai menawarkan antara perkara utama yang dimahukan peminat fotografi landskap iaitu lokasi menarik dan subjek.

"Jubakar Pantai menjadi tumpuan peminat fotografi bermula Mac hingga Ogos setiap tahun.

"Dalam tempoh itu air di kawasan ini tenang dan tidak berombak, membolehkan perahu yang biasanya menjadi subjek tidak bergoyang, malah memberi kesan pantulan seakan cermin," katanya kepada BERNAMA di Jubakar Pantai baru-baru ini.

Pemandangan matahari terbit yang dirakamkan di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat. gambar BERNAMA
Pemandangan matahari terbit yang dirakamkan di Kampung Jubakar Pantai, Tumpat. gambar BERNAMA

Bercerita lanjut, Raja Noor Kamal atau mesra disapa 'Abe Ku' berkata, pemandangan matahari terbit yang menarik dengan kesan pantulan sukar diperoleh di lokasi lain.

"Apabila peminat fotografi landskap berkongsi imej bidikan mereka menerusi media sosial, kawasan Jubakar Pantai ini semakin terkenal kerana yang datang bukan sahaja dari dalam, malah luar negara.

"Malah ada satu kumpulan dari Singapura datang ke sini hampir setiap tahun dan menjadikan Jubakar Pantai satu daripada lokasi untuk mereka mengambil gambar," katanya yang berpengalaman merakam matahari terbit di Jubakar Pantai sejak 2009.

Satu pemandangan biasa melihat peminat fotografi landskap memenuhi kawasan Jubakar Pantai seawal 6.30 pagi, mereka bukan sahaja datang bersama kamera jenis kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR) atau kamera tanpa cermin lensa tunggal digital (DSLM), malah ada juga yang menggunakan telefon pintar.

Jurugambar menunggu seawal pagi untuk merakamkan gambar matahari terbit di Kampung Jubakar Pantai. gambar BERNAMA
Jurugambar menunggu seawal pagi untuk merakamkan gambar matahari terbit di Kampung Jubakar Pantai. gambar BERNAMA

Bagi Azmihan Muhammad, 48, beliau sanggup datang dari Pasir Puteh ke Jubakar Pantai untuk merakam detik matahari terbit di Jubakar Pantai.

"Sebelum ini saya gunakan kamera DSLR, tetapi kini lebih banyak gunakan telefon pintar kerana kemajuan teknologi ia sudah memadai dan imej yang dirakam juga masih cantik serta menarik," katanya.

Pemilik Rumah Singgora, rumah makan tradisional Mohamad Salleh, 47, berkata, sebagai peminat fotografi beliau tidak ketinggalan bersama rakan-rakan lain sekiranya berkelapangan untuk ke Jubakar Pantai.

"Jika ada outing di Jubakar Pantai, rakan-rakan dalam Komuniti Lensa Kelantan (KLiK) akan maklumkan kepada ahli yang lain, kami akan berkumpul di sebuah masjid berhampiran selepas solat subuh semua akan datang ke lokasi ini.

"Matahari terbit di Jubakar Pantai sangat cantik, ia bertambah menarik kerana ada pelbagai subjek seperti perahu nelayan di lokasi ini yang penting kreativiti masing-masing," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Jelajah 14 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN