web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 Disertai Hampir 17,000 Peserta

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 3:56PM

Kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengibarkan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari Kebangsaan 2023 yang disambut di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan membabitkan hampir 17,000 peserta perbarisan yang terdiri daripada 10 komponen.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi dan Digital, Mazlan Abd Mutalib berkata 10 komponen itu adalah Kenegaraan, Perpaduan, Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara serta Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

“Sebenarnya persiapan bukan sebulan dua tetapi empat bulan. Bulan empat selepas raya lepas, kita dah mula,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Apa Khabar Malaysia: Sambutan Hari Kebangsaan 2023’ terbitan Bernama TV hari ini.

Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Mazlan yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kerja, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata perbarisan turut membabitkan 30 pasukan pancaragam terdiri daripada pelajar sekolah, jabatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penglibatan aset wajib ada. Kali ini terdapat 516 aset berkenderaan termasuk daripada ATM dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Bagi mengetengahkan kekayaan seni dan budaya Malaysia, kira-kira 1,000 penari akan bersama-sama mengiringi persembahan nyanyian lagu 'Kurik Kundi' yang pernah dipopularkan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Lagu berkenaan akan dinyanyikan secara berselang-seli oleh beberapa artis antaranya Nadeera Zaini bagi mewakili masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Suki Low (kaum Cina), Zizi Kirana (masyarakat Sabah) serta Roshini Balachandran (kaum India) yang menandakan penyatuan rakyat, dengan diiringi irama pukulan gendang daripada 400 pemain pelbagai kaum.

Menurut Mazlan pengunjung juga akan disajikan dengan aksi terjunan udara oleh anggota komando 69 (VAT69) membawa Jalur Gemilang yang akan mendarat tepat di hadapan Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya dalam tempoh enam minit.

Beliau berkata orang ramai juga berpeluang menyaksikan persembahan udara menggunakan helikopter pasukan keselamatan selain aksi akrobatik membabitkan 15 motosikal antik ‘Wira Merah’ oleh pasukan ATM.

“Selain itu terdapat juga peragaan cosplay dan pelbagai maskot watak terkenal animasi,” katanya dan menambah perbarisan itu akan turut disertai 30 kereta antik tajaan Agrobank. 

Mazlan berkata sebanyak 4,000 ruang parkir, tandas dan skrin besar turut disediakan bagi kemudahan pengunjung pada sambutan berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Teruja Sambut Hari Kebangsaan, Orang Ramai Mula 'Berkampung' Sejak Malam Tadi 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Bermula

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN