web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Minggu Buat Persediaan Untuk Beri TMJ Santap Tempoyak

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 5:39PM

, Muhammad Fairuz A. Rahman, menunjukkan pais masak tempoyak yang disediakan untuk santapan Tunku Mahkota Johor - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Seorang tukang masak mengambil masa dua minggu untuk membuat persediaan santapan serta demonstrasi masakan tempoyak untuk Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersempena dengan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang masuk hari kedua di Kampung Sungai Lukut di sini hari ini.

Sambil menarik nafas lega, Muhammad Fairuz A. Rahman, 40, berkata dia yang mengusahakan kedai makan Pit Stop Sungai Kahang, sempat membuat demonstrasi masakan serta mempersembahkan “menu istimewa” iaitu Ikan Lais Tempoyak, yang sinonim dengan kawasan Kahang kepada Tunku Ismail, yang mengetuai konvoi Diraja tahun ini.

“Sebelum ini, bermacam-macam perasaan muncul dalam hati saya, berdebar ada, takut ada. Tetapi bila TMJ (Tunku Mahkota Johor) sudah merasai masakan dan memberikan respons yang positif, akhirnya saya berasa lega dan bersyukur.

“Sepanjang 20 tahun saya membuka kedai makan, inilah kali pertama masakan saya dirasai oleh kerabat Diraja Johor, lebih-lebih lagi TMJ,” katanya ketika ditemui pemberita di Sungai Teminggol, Kampung Sri Lukut di sini hari ini.

Selain menikmati masakan tempoyak, Tunku Ismail turut berkenan menanam anak pokok meranti sebagai simbolik KMJ di lokasi itu.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua, kanan) berkenan melihat barang keselamatan yang digunakan untuk memanjat pokok bagi mengambil benih anak pokok kelat - gambar BERNAMA
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua, kanan) berkenan melihat barang keselamatan yang digunakan untuk memanjat pokok bagi mengambil benih anak pokok kelat - gambar BERNAMA

Baginda juga berkenan bergambar bersama pemain pasukan paintball yang terdiri daripada Southern Volunteers Simpang Renggam dan Kluang, serta mencuba sendiri permainan berkenaan. 

Selain itu, Tunku Ismail sempat beramah mesra dengan penduduk Kampung Sri Lukut dan Kampung Contoh serta menyaksikan sukan air dan pertandingan tarik tali.

Sementara itu, adinda baginda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah menyertai rakyat bermain permainan blok jengga gergasi.

Pada KMJ kali ini, Tunku Mahkota Johor buat julung kalinya memimpin jelajah yang merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer, bermula pada 5 hingga 8 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN