Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lubuk Hasil Laut Di TikTok Gamit Pelanggan Di Lembah Klang

Jelajah Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 8:23AM

Perwatakan ceria dan gelagat Ahmad Faris Mohd Bakri, 30, yang dikenali dengan nama 'Bang Amat' di akaun Tiktok bernama 'Hasil Laut Saudagar' itu sering mencuri tumpuan pengikutnya setiap kali melakukan aktiviti jual beli secara langsung di platform itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEKINCHAN - Bekalan lauk-pauk mentah di dalam peti ais semakin susut, namun kaki terasa begitu berat hendak ke pasar bagi menambah stok, lebih-lebih lagi mengenangkan kesesakan di jalan raya dan di premis itu sendiri. 

Tidak perlu resah. Layari sahaja akaun ‘Hasil Laut Saudagar’ di platform TikTok dan makanan laut yang anda ingin akan tiba di rumah dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dan bayaran dibuat.

Dihoskan oleh ‘Bang Amat’, akaun yang baru mencecah usia tiga bulan itu semakin popular dalam kalangan pengguna di sekitar Lembah Klang dengan kira-kira 22,800 pengikut, menjual pelbagai makanan laut, sama ada segar atau sejuk beku.   

Berpenampilan ceria dengan but kuning dan apron merah dihiasi bunga-bunga kecil, Bang Amat bukan sekadar menjual hasil laut tetapi turut bercerita tentang spesies ikan dan hidupan laut yang lain.

“Tujuan saya pada awalnya untuk memudahkan orang ramai mendapatkan hasil laut tanpa perlu bersusah payah ke pasar,” kongsi Bang Amat, atau nama sebenarnya Abdul Faris Mohd Bakri kepada Bernama.

Tambahnya,  beliau juga tidak menjangka usaha itu mendapat sambutan memberangsangkan hanya dalam masa singkat sejak beroperasi pada Mac lepas.
 
PULANGAN MEMUASKAN
 
Bercerita lanjut, usahawan berusia 30 tahun itu memberitahu sebelum menjadi “TikToker” hasil laut, beliau melakukan pelbagai kerja termasuk bersawah.
“Kiranya saya ambil risiko (meneroka bidang yang belum pernah diceburi). Pada masa sama saya tengok aktiviti jual beli begitu popular di platform TikTok dan seseorang boleh berjaya jika kena caranya.

“Dari situlah tercetus idea untuk cuba menjual ikan menerusi TikTok  kerana saya tahu nak ke pasar basah memang renyah, kena harungi kesesakan trafik dan kemudian cari ‘parking’ dan macam-macam lagi,” kata anak jati Sekinchan, Selangor itu.

Aksi Bang Amat ketika mempromosikan udang di TikTok.
Aksi Bang Amat ketika mempromosikan udang di TikTok.

Kongsinya lagi, beliau bersiaran langsung di TikTok sebanyak dua kali sehari, iaitu dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 hingga 4.30 petang setiap hari, kecuali Sabtu.
“Ikan yang dijual termasuk siakap, jenahak, kerapu dan tongkol yang siap disiang. Bagi membuat pesanan, pelanggan boleh gunakan fungsi 'beg kuning', tetapi, disebabkan fungsi beg kuning agak terhad kami cuma menawarkan hasil laut sejuk beku dalam bentuk kombo.

“Selalunya kami akan campur dengan sotong dan ketam untuk dijadikan kombo yang dijual pada harga RM99 hingga RM199,” katanya, menambah bekalan diperoleh daripada sebuah syarikat pemborong ikan yang turut menyewakan beliau tapak untuk bersiaran di TikTok. 

Menurutnya, sebaik menerima tempahan dan bayaran dibuat secara dalam talian, hasil laut terbabit akan diproses pada hari yang sama untuk dihantar ke rumah pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier sejuk beku.

“Pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil sendiri ikan yang dipesan di lokasi tertentu di Sekinchan,” katanya, menambah caj RM30 dikenakan bagi penghantaran terus ke rumah.

Abdul Faris yang tidak mahu mendedahkan pendapatan yang diraih, berkata lazimnya beliau berjaya menjual antara 100 dan 150 kilogram hasil laut setiap kali bersiaran langsung.

“Antara produk yang paling laris dalam kalangan pelanggan saya ialah produk kombo sejuk beku kerana menurut mereka, produk yang saya jual lebih murah berbanding di pasaran,” kata bapa kepada dua anak, masing-masing berusia empat bulan dan tiga tahun.
 
LUBUK REZEKI 

Bang Amat menggunakan sepenuhnya media sosial untuk mempromosikan hasil laut.
Bang Amat menggunakan sepenuhnya media sosial untuk mempromosikan hasil laut.


 
Selepas hampir tiga bulan menjual hasil laut, Abdul Faris berpendapat bidang itu boleh menjadi "lubuk rezeki” buat  mereka yang berminat. 

“Saya melihat industri perikanan ini boleh menjana hasil yang lumayan, cuma tidak ramai yang menyedarinya kerana mungkin kurang pendedahan tentang industri ini. 

“Seseorang itu hanya perlu kreatif dan melakukan sesuatu ‘di luar kotak’ untuk menyedarkan kepada masyarakat bahawa industri perikanan ini sebenarnya lubuk rezeki untuk mereka. 

“Sektor perikanan bukan hanya menjadi nelayan dan menangkap ikan semata-mata, tetapi penjualan hasil tangkapan dengan cara kreatif juga mampu menjana pendapatan,” katanya, menambah seseorang itu juga boleh memperluas perniagaan dengan meneroka subbidang berkaitan seperti membuka restoran makanan laut atau inap desa di kelong. 

Menurutnya, beliau agak bertuah kerana menetap di Sekinchan yang bukan sahaja terkenal dengan hasil laut segar tetapi juga merupakan antara kawasan pengeluaran padi.

“Ramai pelancong datang untuk bergambar di sawah padi, jalan-jalan cari makan dan melawat pesisiran pantai. Selain itu, Sekinchan juga ada muzium padi yang memaparkan segala aspek tentang penanaman padi dan penghasilan beras,” ujarnya.
 
MANFAATKAN KUASA MEDIA SOSIAL
 
Sementara itu, beliau berkata anak muda perlu membuang rasa malu untuk menceburi bidang-bidang yang dikatakan "kotor”dan "berbahaya".

"Contohnya sektor perikanan ini. Ramai yang tidak berminat kerana stigma pekerjaan ini. Apabila disebut perikanan, orang cuma ingat nelayan dan pekerjaan itu dianggap bahaya serta tidak menjana pendapatan lumayan.

"Walhal bidang ini luas. Jadi kita, khususnya golongan muda, perlu ubah tetapan minda seperti ini,” tegas beliau.  

Abdul Firdaus juga mengalu-alukan anak muda menuruti langkahnya menjual hasil laut menerusi media sosial.

"Kuasa media sosial ini sangat hebat. Macam saya, baru sahaja wujudkan akaun Tik Tok, sudah ada lebih 20,000  'followers' dan ramai yang menyokong hasil jualan saya. 

"Jadi, saya percaya dengan kreativiti dan inovasi daripada penggiat industri perikanan dan agensi-agensi kerajaan, lebih ramai golongan muda yang akan tertarik untuk menceburi  sektor ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 9 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN