Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rezeki Kemarau: Sungai Manal Jadi Tumpuan Cari Siput Sedut, Etak

Siput sedut ini dijadikan makanan tambahan kepada itik ternakan sekali gus dapat menjimatkan kos untuk memberi dedak sepanjang musim kemarau ini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 8:00AM

Siput sedut mudah dicari ketika air sungai cetek kerana ia melekat pada kayu atau memang berada di kawasan air cetek. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Di sebalik fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini,  paras air Sungai Manal di sini yang menjadi semakin cetek, telah memberi rezeki kepada penduduk kampung tersebut untuk memperoleh hasil siput sedut dan etak.

Penduduk Kampung Manal, Rohimah Yusof, 75, berkata paras sungai tersebut hanya berada pada paras buku lali sejak beberapa minggu lalu.

Bercakap kepada Bernama, Rohimah berkata sepanjang cuaca kering melanda, dia turun setiap hari ke Sungai Manal mencari siput sedut dan etak untuk dijadikan hidangan buat keluarganya.

"Sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah kini boleh diibaratkan sebagai 'pasar sementara' buat saya, jika mahu mencari siput sedut, etak atau ikan kecil saya tidak perlu susah payah ke pasar kerana sungai cetek dan mudah untuk mendapatkan hasil sungai," katanya ketika ditemui, di sini.

Bercerita lanjut sumber rezeki sungai itu, Rohimah berkata dia mampu memperoleh tiga hingga lima kilogram (kg) siput sedut dan etak setiap hari.

"Siput sedut ini mudah dicari ketika air sungai cetek kerana ia melekat pada kayu atau memang berada di kawasan air cetek tidak seperti etak kita perlu korek pasir dahulu untuk memperolehnya.

Bagi Suhaimi Abdullah, 45, selain dijadikan sajian seperti masak lemak lemak cili api, siput sedut yang diperoleh itu turut diberikan kepada itik ternakannya.

"Siput sedut ini dijadikan makanan tambahan kepada itik ternakan sekali gus dapat menjimatkan kos untuk memberi dedak sepanjang musim kemarau ini.

"Setiap hari, saya mampu mencari antara lima hingga 10 kilogram siput sedut untuk disimpan sebagai sumber makanan buat 100 ekor itik penelur yang diternak di belakang rumah saya," katanya.

 Seorang penduduk Hafizan Seman, 35, berkata penduduk menggunakan jaring serta beberapa peralatan lain seperti penutup kipas dan tudung saji untuk mencari siput sedut dan etak di sungai tersebut.

"Rata-rata penduduk akan datang ke sungai ini untuk mencari siput sedut dan etak pada sebelah petang kerana cuaca kurang panas berbanding tengah hari," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN