web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sedia Terpesona Dengan ‘Rimbunan Raya’ di Fahrenheit88

Singgah bazar Ramadan yang dihiasi dengan dekorasi raya yang menarik dan meriah.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fahrenheit88 meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan tema ‘Rimbunan Raya’ - dekorasi raya yang cantik dan meriah, dihiasi dengan pelbagai lampu hiasan dan rimbunan pokok hiasan di Atrium, Fahrenheit88.

Paling menarik, pengunjung juga boleh melawati bazar-bazar raya yang turut tersedia. Antaranya, Rimbunan Bazaar yang menawarkan pelbagai jenis pilihan cenderahati, barangan raya serta aneka kuih raya sehingga 31 Mei 2021.  

Sama-Sama Bazaar Raya, bazar kerjasama antara Fahrenheit88 bersama Belokal pula menampilkan 20 reruai yang mempamerkan produk-produk tempatan, merangkumi fesyen, aksesori, pelitup muka, kasut serta banyak lagi. 

Bazar ketiga, Kriup-Kriup Kuih Bazaar di aras dua menyajikan pelbagai jenis makanan dan kudapan tempayan seperti keropok, snek ringan dan biskut bagi memenuhi selera manis anda. Ambil kesempatan ini untuk membeli set hadiah raya untuk keluarga dan sahabat handai.

Alang-alang sudah berada di Fahrenheit88, berbelanjalah di butik-butik yang terdapat di gedung pasar raya ini seperti Uniqlo, Sephora, Afternoon, Aldo, The Body Shop, Carlo Rino, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather Avenue, Pandora dan Skechers, misalnya. 

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menebus ganjaran menarik dengan Lucky Raya Rewards dengan hanya berbelanja RM100 (minimum) dalam satu resit (terhad dua pembelian setiap hari).

Anda juga layak membeli Fahrenheit88 Special Raya Cookies yang hanya berharga RM1, sekiranya anda berbelanja RM150 (minimum) dalam satu resit (terhad satu pembelian setiap hari), sementara stok masih ada. 

Layari #F88RimbunanRaya untuk maklumat lanjut. – Getaran, 6 Mei 2021

Semua gambar: Fahrenheit88


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Makanan Tidak Selamat, 14 Premis Makanan Di Bazar Ramadan Diarah Tutup 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi