web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Tarik Pelancong, Pelabur Ke Ipoh Yang Disenarai '18 Tempat Paling Underrated'

Senarai 18 tempat paling underrated itu sekali gus memberi pendedahan dan penghormatan kepada setiap destinasi berkenaan yang disifatkan memiliki nilai pelancongan yang bagus tetapi masih kurang mendapat perhatian sewajarnya.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 3:23PM

Tasik Cermin, Ipoh - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Perak berusaha mempergiatkan promosi bagi menarik seramai mungkin pelancong dan pelabur ke Ipoh lebih-lebih lagi selepas bandar raya itu diletakkan di tempat pertama dalam senarai 18 of Asia’s Most Underrated Places oleh portal CNN Travel.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata pihaknya akan memanfaatkan pelbagai platform untuk memperkenalkan Ipoh supaya lebih ramai berpeluang mengunjungi dan mengalami sendiri keistimewaan bandar raya ini.

"Ipoh memang selama ini dikenali dari segi sejarah, daya tarikan, makanan dan suasana yang tersendiri. 

"Usaha juga akan dipertingkatkan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan mempelbagaikan destinasi pelancongan sebagai persediaan menerima lebih ramai pengunjung dalam masa akan datang," katanya kepada Bernama.

Senarai 18 tempat paling underrated itu sekali gus memberi pendedahan dan penghormatan kepada setiap destinasi berkenaan yang disifatkan memiliki nilai pelancongan yang bagus tetapi masih kurang mendapat perhatian sewajarnya.

Baru-baru ini, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata Ipoh disenaraikan di tangga pertama sebagai tempat menarik paling kurang dinilai di Asia oleh portal CNN Travel.

Beliau dilaporkan berkata penilaian itu amat bermakna dan diterjemahkan sebagai pengiktirafan, di samping dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.

Ipoh dan Petaling Jaya dilaporkan dalam senarai dua kawasan di negara ini dengan jumlah carian tertinggi oleh rakyat Malaysia yang sedang mencari hartanah kediaman untuk dijual di laman web iProperty.com.my, antara Januari hingga November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN