web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AirAsia Ride Tawar Diskaun Perjalanan Ke Pusat Perubatan Mahkota Dari Dan Ke Lapangan Terbang

Pusat Perubatan Mahkota (MMC), mengambil langkah bijak apabila menjalinkan kerjasama kali pertamanya dengan airasia ride (AAR).

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 5:17PM

Lim Chiew Shan (kiri) dan Stanley Lam melancarkan kerjasama antara MMC dan AAR, di Melaka, baru-baru ini. - Gambar dari Edelman Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelancongan perubatan bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Melaka dan Pulau Pinang antara negeri yang sering menjadi pilihan pelawat luar negara yang mahu mendapatkan fasiliti perubatan terbaik.

Trend ini juga dipengaruhi oleh faktor harga atau caj yang dikenakan lebih rendah berbanding di negara mereka. 

Memahami keperluan semasa ini, Pusat Perubatan Mahkota (MMC), salah satu hospital swasta tertiari terbesar dan paling komprehensif di Selatan Semenanjung Malaysia telah menjalinkan kerjasama kali pertamanya dengan AirAsia Ride (AAR).

MMC menerima kira-kira 95,000 pesakit antarabangsa setiap tahun dan angka ini dijangka meningkat. 

Stanley Lam (tiga dari kiri) dan Lim Chiew Shan (tiga dari kanan) menandatangi MoU antara MMC dan AAR, baru-baru ini.
Stanley Lam (tiga dari kiri) dan Lim Chiew Shan (tiga dari kanan) menandatangi MoU antara MMC dan AAR, baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk mengekalkan piawaiannya apatah lagi selepas menerima Anugerah GlobalHealth Asia-Pacific - Hospital Pelancongan Perubatan Tahun 2022 di Asia Pasifik, MMC bekerjasama dengan AAR untuk menawarkan perjalanan lapangan terbang berdiskaun. 

Pengguna baharu AAR layak menikmati diskaun RM3 apabila menempah perkhidmatan e-hailing AAR ke MMC dari mana-mana lokasi di Melaka dengan menggunakan kod promo MMCRIDE. 

Pengguna sedia ada atau baru pula boleh menggunakan kod promo MMCAIRPORT untuk mendapatkan diskaun RM10 untuk perjalanan dari KLIA/KLIA2 ke MMC dan begitu juga untuk perjalanan sebaliknya.

Saringan jantung percuma sehingga 31 Oktober 

Kerjasama ini juga menawarkan saringan jantung secara percuma dari 29 September sehingga 31 Oktober ini kepada 30 pemandu AAR di MMC.

MMC turut memberikan saringan darah percuma bernilai RM300 kepada 100 pemandu pertama AAR yang berpangkat Kapten, manakala 100 pemandu ‘First Officer’ dan Kadet AAR boleh membeli profil darah asas (termasuk saringan diabetes, ujian fungsi hati, kiraan darah penuh, dan lain-lain) pada harga diskaun RM99. 

Malah, 100 pekerja pertama AAR turut menikmati rebat tunai sebanyak RM200 untuk pakej saringan kesihatan Wellness atau Premier.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Perubatan Mahkota, Stanley Lam berkata, visi mereka adalah untuk menjadi hospital rujukan bereputasi tinggi di Asia Tenggara.”

“Kerjasama dengan AAR akan mengukuhkan lagi matlamat kami untuk memastikan pesakit antarabangsa kami disokong sepanjang perjalanan mereka untuk mendapatkan penjagaan kesihatan. Kami juga berharap pakej pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepada pemandu AAR dan kakitangan AirAsia akan membantu meningkatkan kesedaran mereka dalam aspek kesihatan,” katanya.

Gambar oleh Edelman Malaysia
Gambar oleh Edelman Malaysia

Dalam pada itu, CEO Serantau AAR, Lim Chiew Shan, pula berkata, sebagai penyedia ‘e-hailing’, pemandu merupakan aset yang amat penting dalam operasi mereka.

''Kami sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pemandu kerana kami percaya mereka akan memberikan kualiti yang terbaik dan perkhidmatan yang paling selamat kepada pelanggan jika tahap kesihatan fizikal mental mereka berada pada tahap terbaik.

“Kami berharap pemandu kami akan mengambil peluang ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengekalkan kondisi yang terbaik di atas jalan raya,” jelasnya. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pusat Perubatan Mahkota, sila layari www.mahkotamedical.com. - Getaran, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

MMC Berperanan Kekang Berita Palsu, Jaga Kebajikan Pengamal Media

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan