web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertunjukan Akrobatik, Sarkas Bakal Jadi Acara Kalendar Pelancongan Melaka 2023 - Exco

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 10:04AM

Pertunjukan akrobatik dan sarkas bakal diketengahkan dalam kalendar pelancongan negeri pada 2023. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pertunjukan akrobatik dan sarkas bakal diketengahkan dalam kalendar pelancongan negeri pada 2023, dalam usaha Melaka mencapai sasaran lima juta pelancong melawat ke Negeri Bersejarah ini.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata Great British Circus yang telah tiga kali mengadakan pertunjukan di negeri ini sejak 2018, dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Oktober hingga 13 November ini.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

"Untuk itu, kerajaan negeri merancang mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama penganjur sarkas tersebut bagi memastikan penganjuran ini akan diteruskan pada tahun mendatang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan Great British Circus di Dataran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di sini malam tadi.

Katanya jumlah pengunjung sarkas itu dijangka meningkat menjelang cuti sambutan Deepavali hujung minggu ini, memandangkan Melaka sering menjadi tumpuan pelawat setiap kali cuti perayaan mahupun cuti sekolah.

Muhammad Jailani berkata sekiranya perkara ini direalisasikan dan dimasukan dalam takwim pelancongan Melaka, pihaknya akan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan pertunjukan akrobatik dan sarkas ini menjadi pilihan pengunjung ke Melaka.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Pada masa sama, beliau percaya kerjasama yang bakal diwujudkan dengan pihak penganjur khususnya dari luar negara itu dilihat mampu mengcungkil bakat-bakat yang dimiliki anak tempatan dalam pertunjukan sedemikian.

"Mereka ini mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam pertunjukan akrobatik dan sarkas. Jadi, sekiranya ada kerjasama antara kedua-dua pihak, kita percaya banyak bakat-bakat anak Melaka dalam pertunjukan jenis ini akan dapat diketengahkan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan