web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Hos Komuniti Setempat Selangor Mampu Tingkatkan Industri Pelancongan Dalam Negeri 

Selangor telah terlibat secara aktif dalam program pelancongan berasaskan komuniti mengembangkan lagi industri pelancongan dan menambah baik beberapa kawasan tumpuan.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 5:00PM

Gambar Tourism Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai masih tidak sedar atau belum sepenuhnya menerokai lokasi pelancongan menarik di Selangor yang pastinya memberikan kebanggaan diri anda sebagai rakyat Malaysia khususnya warga negeri tersebut.

Antaranya Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Sawah Padi Sekinchan di Sabak Bernam, Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Bandar Diraja Klang, Pusat Warisan Kajang serta Perkampungan Budaya Mah Meri di Kuala Langat.

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

Tempat-tempat ini mempunyai tarikan yang tersendiri untuk dan mampu menarik kehadiran pelancongan dari dalam dan luar negara. 

Namun, terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor. 

Antaranya seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan sebagainya.

Kerajaan Negeri Selangor bersama Tourism Selangor telah mengadakan sebuah lawatan di Bangkok bersama Hos Komuniti Setempat Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan pada 28 September hingga 3 Oktober 2022 lalu. 

Program ini telah mempamerkan pelbagai siri Pelancongan Berasaskan Komuniti di Bangkok seperti yang disyorkan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand TAT). Ini termasuk Float House River Kwai Resort, Nang Loeng, Hua Takhe dan Pasar Chatuchak.

Malah ia disokong pejabat Tourism Malaysia di Bangkok bagi dua negara ini bersama-sama mencapai matlamat untuk meningkatkan lagi industri pelancongan.

Pada  yang sama, lawatan di Bangkok ini dapat mengembangkan lagi industri pelancongan Selangor serta menambah baik beberapa kawasan tumpuan pelancongan yang ikonik di negeri ini. 

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

Selangor telah terlibat secara aktif dalam program ini kerana pelancongan berasaskan komuniti dapat memastikan sokongan di antara pemain utama industri pelancongan dan komuniti setempat. 

Bahkan, Tourism Selangor sendiri telah mengorak langkah bagi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan rangkaian dan jalinan dalam sektor pelancongan.

Negeri ini mempunyai kelebihan daripada segi akses keluar masuknya dan telah membolehkan negeri tersebut menarik lebih 10.2 juta pengunjung bagi tahun 2021. 

Program kemasyarakatan dan komuniti seperti ini akan diperbanyakkan lagi di masa hadapan di samping memastikan produk, lokasi serta tarikan di sekitar selangor berdaya saing, inovatif seiring dengan negara serantau.

Gambar Tourism Selangor
Gambar Tourism Selangor

Oleh itu, hubungan dua hala dan usaha ini secara tidak langsung akan menyumbang kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere!, iaitu sebuah strategi untuk menjadikan selangor sebagai pelancongan global. Seterusnya memperlihatkan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di seluruh dunia yang dikendalikan oleh pihak Tourism Selangor.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang https://selangor.travel/ - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan