web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Terokai Taipei Bersama Yana Samsudin! 

Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taiwan mempamerkan keindahan Taipei kepada rakyat Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 5:00PM

Yana Samsudin turut berkongsi pengalamannya ke Taipei sambil bercerita tentang tarikan dan keseronokan di negara pulau itu. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak menghairankan sekiranya ibu kota Taiwan iaitu Taipei berjaya menduduki tempat kedua di dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2021. 

Ini kerana, Taipei bukan sahaja mempunyai masjid-masjid yang indah, malah ia turut menawarkan lebih 70 tarikan pelancongan mesra muslim dan pelbagai restoran yang disahkan mesra Muslim.

Menariknya, pelakon dan pempengaruh media sosial, Yana Samsudin turut berkongsi pengalaman perjalanannya ke Taipei sambil bercerita tentang tarikan dan keseronokan di negara pulau itu.

Bagi mereka yang belum tahu, Taipei merupakan salah satu bandar raya ekologi terbaik di dunia yang menampilkan landskap semula jadi dan pemandangan kota moden yang menakjubkan. 

Bagi penggemar budaya, terdapat banyak lokasi yang berunsurkan kebudayaan Taiwan yang boleh dikunjungi seperti National Chiang Kai-shek Memorial Hall. 

Yana Samsudin - Gambar Bernama
Yana Samsudin - Gambar Bernama

Taipei juga meraikan aneka perayaan yang merangkumi empat musimnya. Setelah 23 tahun tidak diadakan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Festival Tanglung Taiwan 2023 yang bakal kembali berlangsung di Taipei. 

Festival ini bakal mempersembahkan pesona Taipei dan budaya Taiwan kepada seluruh dunia dengan persembahan-persembahan yang penuh bergaya dan berwarna-warni pada waktu malam. 

Dari suasana bandar ke alam semula jadi, dari waktu siang ke malam hari, Taipei menawarkan satu pengalaman pelancongan yang terbaik. 

Sebagai muslim dari Malaysia, anda tidak perlu khuatir untuk melancong ke Taiwan kerana ia merupakan salah satu lokasi pelancongan mesra muslim terbaik di dunia.

Dengan tema ‘Taipei yang belum ditemui’, satu pengalaman pelancongan yang selamat, menyeronokkan dan mesra muslim adalah terjamin! – Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan