Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Floria Diraja 2022 Dilanjut Hingga 11 September, Masuk Percuma Mulai Esok

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 5:34PM

Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan lagi sehingga 11 September ini dengan kemasukan percuma bermula esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Festival yang mempamerkan pelbagai spesies dan bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 September), demikian umum Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Shahidan berkata bersempena cuti penggal persekolahan hingga Ahad ini, tiket masuk ke festival itu adalah percuma mulai esok bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke Floria Diraja Putrajaya 2022.

“Ini adalah hadiah buat Keluarga Malaysia. Kita bagi percuma sebab ada ibu bapa yang bawa anak-anak melawat Putrajaya, jadi wajar kita bagi masuk percuma.

“Dengan kemasukan secara percuma ini, kita sasar 100,000 pengunjung hadir untuk tempoh lima hari pelanjutan ini,” katanya selepas menghadiri majlis penutup Floria Diraja Putrajaya 2022 di sini hari ini.

Jumaat lepas, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan pelanjutan festival itu sehingga hari ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Festival berkenaan sepatutnya berakhir pada 4 September.

Shahidan berkata pelbagai aktiviti menarik akan diteruskan termasuk cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022, selain persembahan daripada kumpulan busker.

Lebih 400,000 pengunjung menyaksikan Floria Diraja Putrajaya 2022 sejak ia membuka tirai pada 29 Ogos lepas. Bertempat di Anjung Floria, Presint 4 di sini, terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.

Floria Diraja Putrajaya 2022 turut mempamerkan Taman Keluarga Malaysia dengan konsep yang diadaptasi melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Antara komponen yang terdapat di festival itu ialah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

Shahidan dalam pada itu turut mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga rasmi bagi Putrajaya. - Bernama

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Jelajah 4 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY