Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Hotel Mesra Keluarga Ini, Sesuai Bawa Anak-Anak Bergembira Waktu Cuti Sekolah

Berikut adalah empat hotel mesra keluarga yang boleh anda tempah untuk cuti sekolah ini. Intai dan lihat sama ada ia sesuai dengan bajet anda atau sebaliknya.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 4:10PM

Pilihlah hotel yang sesuai untuk percutian keluarga, yang boleh menggembirakan anak-anak tanpa perlu bergerak jauh dari hotel - Gambar ihsan Bayview Beach Resort, Pulau Pinang

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali musim cuti persekolahan bermula, ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anak untuk bercuti bagi meluangkan masa-masa berkualiti bersama.

Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan dan mendengar cerita anak-anak tentang persekolahan sertaimpian mereka.

Jadi tidak hairanlah mengapa sepanjang cuti persekolahan, harga-harga penginapan mula melambung naik, terutamanya jika anda membuat tempahan pada saat-saat akhir.

Jadi untuk mengelakkan ‘poket bocor’ adalah lebih baik anda buat tempahan awal. 

Pilihlah hotel yang sesuai untuk percutian keluarga, yang boleh menggembirakan anak-anak tanpa perlu bergerak jauh dari hotel. Anak-anak gembira, anda juga tidak kepenatan.

Berikut adalah 4 hotel mesra keluarga yang boleh anda tempah untuk cuti sekolah ini. Intai dan lihat sama ada ia sesuai dengan bajet anda atau sebaliknya.

 

1. Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh Melaka  

Gambar ihsan Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh Melaka
Gambar ihsan Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh Melaka

Melaka tidak pernah sunyi dengan kebanjiran pelancong, terutamanya dari Lembah Klang dan negeri jiran, Johor dan Negeri Sembilan. Dek itulah banyak hotel didirikan di negeri yang terkenal dengan makanan tradisi, cencaluk ini.

Mencari hotel mesra keluarga di destinasi ini bukanlah satu perkara yang rumit. Tepuk dada, tanya selera. Ada pelbagai kelas hotel yang boleh dijadikan pilihan.

Salah satu daripadanya ialah Amverton Heritage Resort yang terletak di Ayer Keroh ini. Ia turut mendapat ulasan yang baik di Agoda.com.

Hanya tiga jenis bilik ditawarkan di resort bertaraf 4 bintang ini, iaitu deluxe, family room dan junior suite. Bilik-biliknya pula berharga dalam lingkungan RM150 ke RM400 bergantung kepada tarikh pilihan. 

Bintang utama yang berjaya mengumpan tetamu untuk menempah hotel ini sudah pastilah kolam renang dan zon permainan kanak-kanak yang pelbagai. Ada taman permainan air, taman permainan kering dan berbumbung serta juga ATV untuk kanak. 

Pendek kata, tidak perlu ke mana-mana untuk bergembira kerana banyak aktiviti yang boleh membuatkan anak-anak terleka.

Jadi, ibu bapa tidak perlu ‘pening kepala’ untuk merancang aktiviti anak-anak. Bawa sahaja mereka ke taman permainan air dan biarkan mereka bebas meneroka. 

Jika masih mahu melawat tarikan lain, boleh bawa mereka ke kawasan sekitar Ayer Keroh sahaja. Tidak perlu bersesak ke pusat bandar.

Namun, rancanglah perjalanan. Awal pagi adalah waktu terbaik untuk memulakan sesi lawatan ke Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Rama-Rama, atau Mini Malaysia untuk keselesaan. 

 

2. Ibis Melaka

Gambar ihsan Ibis Melaka
Gambar ihsan Ibis Melaka

Jika pusat bandar masih menjadi pilihan ketika bercuti ke Melaka, Ibis Hotel Melaka cukup berbaloi untuk dijadikan penginapan bagi melepaskan lelah setelah seharian ke sana-sini.

Hotel yang terletak di Jalan Bendaraha ini juga menawarkan bilik-bilik keluarga yang menempatkan satu katil kelamin dan satu katil bujang. Selain itu ada juga bilik superior dan bilik standard untuk anda yang mahukan bilik berasingan untuk anak-anak remaja. 

Antara kelebihan bermalam di sini ialah, anda akan dapat menikmati tilam dan bantal empuk bagaikan di hotel bertaraf lima bintang.

Selain itu, bilik-bilik di Ibis Hotel juga mempunyai keluasan yang selesa berbanding hotel-hotel bajet yang lain. Ini bermakna, anda tidak perlu risau jika membawa banyak bagasi kerana pasti ada ruang untuk menempatkannya.

Kolam renang kanak-kanak yang turut dilengkapi taman mini air sudah pasti membuatkan anak-anak kecil anda tersenyum riang. Silap-silap mereka tidak mahu ke mana-mana kerana terlalu leka.

Jika masih punya masa untuk meneroka tarikan berhampiran, bolehlah ke Porta de Santiago yang terletak 700 meter dari hotel, Menara Taming Sari (900 meter)  dan untuk makan-makan dan beli-belah di Jonker Street, anda hanya perlu berjalan kaki selama kira-kira 10 minit. 

 

3. Bayview Beach Resort, Pulau Pinang

Gambar ihsan Bayview Beach Resort, Pulau Pinang
Gambar ihsan Bayview Beach Resort, Pulau Pinang

Siapa yang tidak suka menginap di Batu Ferringhi, lebih-lebih jika membawa anak-anak untuk bercuti. Pasti seronok dapat mandi-manda dan membina istana pasir bagi mengeratkan kasih-sayang. 

Berbanding hotel-hotel yang berjiran dengannya, Bayview Beach Resort boleh dikatakan menawarkan harga yang lebih murah. 

Namun, perlu diingatkan, tempahan perlu dilakukan lebih awal dari tarikh pilihan menerusi laman web rasmi hotel. Jika bernasib baik, anda boleh menempah bilik pada harga serendah RM234. Cukup berbaloi untuk percutian di lokasi premium ini. 

Jika Hard Rock Hotel Ferringhi terkenal dengan kolam renangnya yang luas, hotel ini juga tidak kalah dengan kemudahan yang menjanjikan keselesaan untuk anak-anak dan ibu-bapa. 

Selain mempunyai kolam renang kanak-kanak, terdapat juga taman permainan  mini air dan ‘kids playland’ yang dibuka dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. 

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun, terdapat pelbagai permainan yang boleh diterokai oleh anak-anak dengan pengawasan sepenuhnya. 

Satu lagi kelebihan menginap di hotel ini adalah, anda boleh berjalan kaki ke hadapan hotel untuk menjamu selera di gerai-gerai tepi jalan yang menyediakan pelbagai juadah enak tempatan. Bolehlah berjimat sedikit kerana jika makan di hotel pasti harganya lebih mahal bukan?

 

4. Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Gambar ihsan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Gambar ihsan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Hotel yang bersambung dengan Sunway Putra Mall ini cukup ideal untuk mereka yang mengidam untuk menginap di hotel lima bintang pada harga kompetitif. Lebih-lebih lagi jika membuat tempahan di platform tempahan hotel di dalam talian.

Untuk suite keluarga, ia boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. 

Antara kemudahan yang boleh anda sekeluarga nikmati di Sunway Putra Hotel ialah pusat kecergasan dan kemudahan kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Restoran untuk menjamu selera juga ada beberapa pilihan.

Namun, jika mahukan lebih banyak pilihan dan lebih jimat, boleh bawa keluarga ke pusat beli-belah yang boleh diakses dari hotel. Ada banyak yang menanti. 

Selain itu, boleh juga bawa anak-anak melawat tarikan yang terletak berhampiran. Boleh gunakan pengangkutan awam (stesen LRT PWTC hanya 90 meter dari hotel), atau pandu kenderaan sendiri.

Antara tarikan yang boleh dikunjungi ialah Menara Kuala Lumpur (1.9 km), Menara Berkembar Petronas (2.3 km), Aquaria KLCC (2.3 km), dan Taman Burung Kuala Lumpur (2.7km).

Selamat merancang percutian! - Getaran, 26 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran