web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tip Elak Termakan Makanan Haram Ketika Bercuti Ke Luar Negara

Memang Islam itu agama yang mudah, namun mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Memang keadaan darurat membolehkan yang haram, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 9:33AM

Pengembara boleh mendapatkan senarai restoran halal di seluruh dunia menerusi laman sesawang yang ada di media sosial. - Gambar AFP

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu perkara yang kadang kala menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengembara apabila ke luar negara ialah mencari makanan halal.

Lebih-lebih lagi jika negara yang ingin dilawati itu penduduk yang beragama Islam adalah minoriti.

Makanan laut boleh dijadikan antara pilihan ketika berada di luar negara. - Gambar fail
Makanan laut boleh dijadikan antara pilihan ketika berada di luar negara. - Gambar fail

Sebab itulah ada di antara pengembara yang memilih untuk membawa stok makanan sepanjang tempoh percutian dek kerana tidak mahu memperjudikan diri mengambil makanan yang meragukan atau syubhah (tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram).

Bagaimanapun, cara ini kadang kala tidak praktikal jika anda mengambil penerbangan bajet yang memerlukan bayaran tambahan untuk bagasi.

Selain itu, terdapat juga negara-negara yang mempunyai peraturan ketat untuk kemasukan bahan-bahan makanan demi menjaga kepentingan eknomi mereka negara. 

Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap umat Islam. - Gambar hiasan Unsplash
Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap umat Islam. - Gambar hiasan Unsplash

Memang Islam itu agama yang mudah, namun mencari sesuatu yang halal adalah wajib bagi umatnya.

Memang keadaan darurat membolehkan yang haram, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada termakan makanan yang syubhah ketika bercuti ke luar negara.

Anda boleh membeli bahan-bahan memasak di pasar raya tempatan. - Gambar AFP
Anda boleh membeli bahan-bahan memasak di pasar raya tempatan. - Gambar AFP

Semak tip berikut:

1) Gunakan kuasa internet. Semak maklumat lokasi-lokasi selera halal di https://www.zabihah.com/. Laman sesawang ini menyenaraikan restoran dan kafe-kafe di setiap pelusuk kota di seluruh dunia.

2) Jika anda seorang yang susah menyesuaikan diri dengan makanan tempatan, lebih baik bawa bekalan makanan yang tidak terlalu membebankan. Contohnya, minuman 3 dalam 1, Mi Segera, dan Sambal Bilis Travel.

3) Jika lokasi percutian hampir tidak ada restoran halal, carilah restoran atau kafe yang menyajikan makanan 100 peratus vegetarian seperti restoran India atau Pakistan. 

4) Pilih penginapan yang menyediakan kabinet dapur serta lengkap dengan dapur memasak. Jadi anda boleh membeli bahan-bahan memasak di pasar raya tempatan untuk juadah berbuka puasa. Carilah bahan-bahan yang diyakini halal dan sesuai untuk orang Islam.

5) Cari masjid atau pusat komuniti Islam. Selalunya tempat-tempat ini mempunyai lokasi selera untuk umat Islam. Contohnya, Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, Hong Kong. - Getaran, 19 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN