Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 Sasar Tarik 15,000 Pelancong

Sukan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri untuk mempromosikan Tasik Kenyir ke peringkat antarabangsa.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 8:12PM

Gambar ihsan Terengganu Incorporated

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 yang dianjurkan semula tahun ini selepas kali terakhir pada 2009 dijangka berjaya menarik kunjungan 15,000 pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri amat berpuas hati dengan penganjuran acara sukan lasak bertaraf dunia itu yang disifatkan berjaya mencapai matlamat untuk memperkasa pelancongan berasaskan sukan.

Justeru katanya sukan tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri untuk mempromosikan Tasik Kenyir ke peringkat antarabangsa.

"Sukan jet ski ini bukan sahaja unik, malah mempunyai pengikutnya yang tersendiri di seluruh dunia.

"Oleh itu kami (kerajaan negeri) ingin membawa pengalaman sukan air bermotor bertaraf dunia ke Terengganu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan berasaskan sukan yang masih belum diterokai sepenuhnya," katanya selepas majlis pelancaran Tasik Kenyir Jet Ski Championship 2022 oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pulau Poh, Tasik Kenyir.

Pertandingan selama tiga hari bermula semalam itu dihadiri 100 peserta termasuk dari Thailand, Brunei, Singapura, Jepun dan Indonesia.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM60,000.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 150 bilik di Pulau Poh juga bakal siap pada Disember depan.

Kata beliau apabila hotel tersebut dibuka kelak, lebih ramai pelancong akan membanjiri Tasik Kenyir sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasan Kuala Berang.

"Banyak lagi perancangan aktiviti dan kemudahan  yang telah disusun untuk menjadikan Pulau Poh sebagai destinasi pilihan pelancong antaranya pusat sukan ekstrem dan taman tema air yang dijangka dapat menjadi tarikan pengunjung," katanya. - Bernama

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 44 minit yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran