Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Zoo Mini Kuala Krai Berwajah Baharu, Kembali Beroperasi Selepas 17 Tahun Sepi Tanpa Pengunjung

Zoo Mini Kuala Krai mula menjadi tumpuan pengunjung apabila dibuka secara rasmi setelah 17 tahun tidak beroperasi.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 6:54AM

Seorang pengunjung cilik terpesona dengan haiwan di Zoo Mini Kuala Krai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembangunan berkonsepkan ‘Manusia dan Alam’ yang saling bergantungan antara satu sama lain, Zoo Mini Kuala Krai mula menjadi tumpuan pengunjung apabila dibuka secara rasmi setelah 17 tahun tidak beroperasi.

Antara yang bakal menarik pengunjung ke zoo ini ialah lebih 50 spesies haiwan seperti unta, burung enggang, gajah dan iguana selain Aquaria Mini yang menempatkan pelbagai spesies ikan.

Pengunjung Zoo Mini Kuala Krai terpesona dengan beberapa spesies di taman burung. - Gambar Bernama
Pengunjung Zoo Mini Kuala Krai terpesona dengan beberapa spesies di taman burung. - Gambar Bernama

Pengunjung Ismail Din, 42, dari Kampung Sungai Pas, di sini, berkata pembaharuan pada zoo mini ini adalah antara destinasi pelancongan yang dinantikannya selama ini, iaitu selepas 17 tahun ditutup kepada pengunjung.

"Sudah lama kami sebagai rakyat Kelantan tidak dapat bersiar-siar bersama keluarga untuk melihat haiwan di Zoo, pastinya pembukaan semula Zoo mini Kuala Krai dapat mengimbau kembali memori dan membawa anak-anak untuk mengenali haiwan dengan lebih dekat," katanya ketika ditemui Bernama di Mini Zoo Kuala Krai, di sini hari ini.

Bagi Sharil Abdul Rahman, 35, dari Gunong, Bachok pula berkata beliau sanggup bertolak dari rumahnya seawal 8 pagi bersama keluarga untuk melihat haiwan yang terdapat di zoo berkenaan.

"Saya harap zoo mini ini akan terus dibuka kepada pengunjung sebab ia bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat malah dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Terdahulu, majlis Perasmian Pembukaan Zoo Mini Kuala Krai disempurnakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.

Ahmad berkata pembukaan semula Zoo Mini Kuala Krai merupakan hasil cetusan idea kerajaan negeri untuk mewujudkan lokasi pelancongan yang sesuai dilawati khususnya di jajahan ini.

"Zoo mini ini mula dibina oleh Majlis Daerah Kuala Krai pada 2020 dengan peruntukan dana sebanyak RM2.5 juta oleh kerajaan negeri.

"Antara objektif penubuhan Zoo Mini Kuala Krai adalah mewujudkan suatu lokasi strategik dan pelancongan baharu bagi menggalakkan pelancongan domestik, menjadi pusat konservasi hidupan liar, mewujudkan peluang pendidikan dan menggalakkan perkembangan ekonomi setempat," katanya.

Suasana di pintu masuk Zoo Mini Kuala Krai. - Gambar Bernama
Suasana di pintu masuk Zoo Mini Kuala Krai. - Gambar Bernama

Mengulas lanjut, Tengku Ab Rahman berkata Zoo Mini Kuala Krai mula beroperasi pada 24 Dis 1964, namun pada 2005, Zoo Kuala Krai ditukarkan status kepada Taman Burung Kuala Krai sebelum ditamatkan operasinya pada 2011. 

"Antara cabaran pembinaan Zoo Mini berkenaan termasuklah cabaran dana yang amat terhad yang memerlukan dana sebanyak RM1 juta di peringkat permulaan zoo dibangunkan.

"Selain itu, pihak zoo juga menghadapi cabaran di tapak pembinaan seperti tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain sehingga menyebabkan kerosakan yang besar yang memerlukan dana tambahan untuk tujuan pembaikan," katanya.

Tengku Ab Rahman berkata sempena pembukaan ini, pengunjung boleh menikmati harga tiket promosi selama sebulan bermula hari ini iaitu RM8 bagi dewasa manakala RM4 untuk kanak-kanak.

Zoo berkenaan beroperasi setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6 petang dengan harga tiket bagi dewasa adalah RM10 seorang, RM5 bagi warga emas dan kanak-kanak, manakala percuma kepada Orang Kurang Upaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Elak Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Tekad Terjun Bangunan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran